KUALA LUMPUR, 22 Jun 2026 — The Umrah, Hajj International Tourism Fair (UHIT) 2026 telah dirasmikan hari ini di Four Seasons Hotel Kuala Lumpur, menghimpunkan pemain industri utama dari Malaysia, Arab Saudi dan pelbagai negara bagi memperkukuh mesra Muslim.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh En. Mohammad Faisal bin Abu Suaib Khan, profesionalisme, integriti, tadbir urus dan kecemerlangan perkhidmatan dalam memastikan industri pelancongan Malaysia terus berdaya saing di peringkat global.
UHiT 2026 yang memasuki Edisi Ke-15 merupakan penganjuran bersama BUMITRA MALAYSIA dan Perfect Events. Program ini berperanan sebagai platform perniagaan ke perniagaan (B2B) yang menghubungkan pengendali pelancongan dan umrah Malaysia
dengan rakan industri antarabangsa termasuk hotel, syarikat pengsurusan destinasi, penyedia pengangkutan dan pelbagai penyedia perkhidmatan pelancongan.
Dalam ucapan aluannya, Dr Wan Muhamad Adam Wan Norudin, Presiden BUMITRA MALAYSIA telah memperkenalkan INISIATIF AL-QAWIY AL-AMIN yang berteraskan nilai kompetensi, profesionalisme, integriti, ketelusan dan akauntabiliti.
Inisiatif ini bertujuan meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap industri pelancongan dan umrah serta mengangkat standard perkhidmatan ke tahap yang lebih tinggi dan berdaya saing.
Dalam ucaptamanya, Ketua Pengarah ITC menegaskan bahawa pelancongan Islam bukan sekadar memenuhi keperluan pelancong Muslim, tetapi turut memerlukan tahap kepercayaan, kesiapsiagaan perkhidmatan, kompetensi dan profesionalisme yang tinggi.
Beliau turut menyatakan bahawa perkembangan nesat sektor umrah dan haji global, khususnya melalui transformasi yang digerakkan oleh Saudi Vision 2030, membuka peluang besar kepada pengendali Malaysia untuk meningkatkan daya saing dan kecemertangan perkhidmatan.
0 Comments