Satu pengalaman muzik yang penuh peribadi apabila Atilia Haron membawa para peminat mendalami perjalanan seninya, dengan penampilan istimewa daripada kumpulan muzik terkenal Indonesia, SORE Ze Band.
Kuala Lumpur, 23 Julai 2026 — ATILIA HARON In Concert, yang bakal berlangsung pada 19 September 2026, jam 8.00 malam di Robert’s Theatre, The Campus Ampang, menandakan satu detik penting dalam perjalanan seni Atilia Haron dengan sebuah konsert yang melangkaui persembahan muzik konvensional. Direka sebagai sebuah pengalaman yang intim dan penuh makna, konsert ini diterjemahkan sebagai pengalaman yang membangkitkan kenangan, menyentuh jiwa dan memberi nafas baharu. Berteraskan hubungan emosi yang mendalam dan evolusi seni Atilia, konsert ini membawa penonton menyelami ruang yang cukup peribadi, di mana setiap lagu dihidupkan semula dan ditafsirkan dengan perspektif baharu, berlandaskan kematangan, kejujuran dan kehadiran yang tulus.
Konsert ini turut menandakan persembahan berskala besar pertama yang menampilkan evolusi identiti seni Atilia Haron, dibentuk dengan tujuan yang jelas, kejujuran dan ketulusan dalam setiap karya yang dipersembahkan. Diolah sebagai sebuah perjalanan emosi yang tersusun, penonton dibawa menyelusuri pelbagai fasa yang merangkumi refleksi, degupan jiwa, kenangan dan pembaharuan, sebelum berakhir dengan sebuah pengakuan yang sederhana namun penuh makna: “Saya masih terus berkembang.” Sepanjang persembahan, penonton akan dibawa menghayati detik-detik yang menyentuh perasaan, membangkitkan kekuatan, mengimbau nostalgia, memberikan kejelasan dan meraikan penerimaan diri, sekali gus mencipta pengalaman yang tulus, mendalam dan meninggalkan kesan emosi yang berpanjangan meskipun tirai persembahan telah dilabuhkan.
Lebih daripada sekadar mengimbau perjalanan seni yang lalu, ATILIA HARON In Concert merupakan sebuah konsert intim berdurasi 90 minit yang meraikan evolusi Atilia Haron sebagai seorang pengkarya. Menampilkan lebih 40 buah lagu daripada katalog muziknya, persembahan ini membawa penonton mengimbau detik-detik penting dalam perjalanan seninya menerusi susunan lagu yang diberi nafas baharu, karya-karya terkini serta duet-duet istimewa yang mencerminkan sisi peribadi dan kreatif Atilia. Menambah keistimewaan konsert ini ialah penampilan kumpulan muzik tersohor dari Indonesia, SORE Ze Band, yang bukan sahaja tampil sebagai artis jemputan, malah turut memainkan peranan penting dalam membentuk hala tuju artistik konsert ini. Hasilnya, lahirlah sebuah kolaborasi yang menjanjikan pengalaman muzik yang penuh emosi, bermakna dan pastinya meninggalkan kesan mendalam kepada setiap penonton.
Lebih daripada sekadar penampilan istimewa, SORE Ze Band merupakan rakan kolaborasi kreatif yang memainkan peranan penting dalam membentuk identiti muzik konsert ini. Berteraskan visi artistik yang seiring serta hubungan peribadi Atilia dengan Allahyarham Ade Paloh, kolaborasi ini menampilkan susunan muzik eksklusif dan persembahan bersama yang dirancang khas, sekali gus menyuntik dimensi emosi yang lebih mendalam serta memperkayakan pengalaman muzikal sepanjang konsert berlangsung.
Landskap bunyi konsert ini diterajui oleh pengarah muzik Fly Halizor, yang menyatukan kejelasan artistik, penghayatan emosi dan keseimbangan dalam setiap persembahan. Setiap susunan muzik diolah bagi menyokong naratif konsert, membolehkan vokal dan penceritaan disampaikan secara semula jadi
dalam sebuah persembahan yang tersusun namun penuh ekspresi. Diperkukuhkan dengan iringan muzik secara langsung, konsert ini mengetengahkan keindahan ritma, tekstur muzik serta keserasian antara para pemuzik. Setiap interpretasi baharu diperkenalkan bukan sekadar untuk memberikan kelainan, tetapi bagi memperdalam makna emosi dan menawarkan perspektif baharu, sekali gus memastikan setiap elemen menyumbang kepada perjalanan emosi yang ingin disampaikan sepanjang konsert.
Sebagai penyokong teguh perjalanan seni Atilia Haron sejak awal pembabitannya dalam industri muzik, Persatuan Karyawan Malaysia terus mengiktiraf sumbangan berterusan penyanyi dan penulis lagu terkenal itu terhadap landskap muzik tempatan. Sebagai rakan kolaborasi utama ATILIA HARON In Concert, persatuan ini meneruskan komitmennya dalam meraikan bakat tempatan menerusi sokongan terhadap inisiatif yang mengiktiraf evolusi cemerlang Atilia, bukan sahaja sebagai seorang pengkarya, malah juga sebagai usahawan. Mencerminkan komitmen bersama ini, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, YBhg. Datuk Freddie Fernandez, berkata, “Karyawan amat berbesar hati dapat bekerjasama menjayakan konsert ini. Kami mengiktiraf pelbagai pencapaian Atilia dalam bidang muzik dan perniagaan. Beliau telah berjaya mencipta identitinya yang tersendiri dalam industri muzik serta sentiasa dikagumi atas bakat muziknya yang luar biasa,”
Turut memeriahkan sambutan ini sebagai pembentang jenama rasmi ialah Per’l, jenama minuman kesegaran khusus untuk kesejahteraan wanita di bawah Power Root Berhad, antara syarikat minuman tempatan terkemuka Malaysia yang produknya dinikmati di lebih 40 negara di seluruh dunia. Berteraskan legasi menggabungkan khasiat herba tradisional Malaysia dengan pendekatan kesihatan menyeluruh secara moden, Per’l diformulasikan berasaskan Kacip Fatimah dan kolagen untuk menyokong penjagaan diri dari dalam, sekali gus memberikan pengalaman minuman harian yang menyegarkan dan menyeronokkan. Kerjasama ini mencerminkan keserasian nilai antara Per'l dan ATILIA HARON in Concert dalam meraikan keaslian, ketabahan serta perjalanan wanita yang sentiasa berkembang dengan penuh keyakinan dan keanggunan. Lebih daripada sekadar sebuah kolaborasi jenama, Per'l berbangga menjadi sebahagian daripada sebuah malam yang menghargai perjalanan seni Atilia Haron, seorang figura yang terus menginspirasi menerusi keberanian berkarya, keikhlasan terhadap dirinya sendiri dan hubungan yang mendalam dengan para peminat merentas generasi. Kolaborasi ini turut mengangkat falsafah Per'l, "Serimu, Sinar Hidupmu," sebagai penghormatan kepada wanita yang terus bersinar dengan kekuatan, keanggunan dan keyakinan dalam setiap fasa kehidupan mereka.
Setiap aspek pengalaman penonton dirancang dengan teliti menerusi empat kategori tiket yang menawarkan tahap pengalaman dan interaksi yang berbeza. Prahara (RM248, Tempat Duduk Kuning)menawarkan pengalaman paling eksklusif dengan sesi Meet & Greet bersama Atilia Haron, manakala Prahara (RM228, Tempat Duduk Merah) membolehkan penonton menikmati persembahan dari jarak yang lebih dekat. Sementara itu, Indah (RM188, Tempat Duduk Biru) dan Sangkar (RM168, Tempat Duduk Hijau) menawarkan pengalaman tontonan yang selesa mengikut pilihan penonton, sekali gus memastikan setiap kategori tiket memberikan pengalaman menikmati persembahan secara langsung yang berkualiti tanpa menjejaskan keunikan konsert ini.
Lebih daripada sekadar sebuah persembahan, ATILIA HARON In Concert merupakan sebuah pengalaman yang dibentuk berlandaskan keaslian dan ketulusan emosi, di mana muzik menjadi penghubung kepada kenangan dan jalinan hubungan yang bermakna.
Tiket kini boleh didapati di https://myticket.asia/events/atilia-haron-in-concert/ dan kolaborasi penuh jiwa antara Atilia Haron dan SORE Ze Band menerusi lagu “Dimanakah Kau Sore Ini?” kini boleh dinikmati di Youtube dan Spotify. Ikuti juga perjalanan seni Atilia Haron menerusi Instagram, TikTok dan Facebook untuk mendapatkan maklumat terkini.
Mengenai Atilia Haron
Raja Putri Atilia Raja Haron, atau lebih dikenali sebagai Atilia Haron, merupakan antara penyanyi jazz yang ikonik di Malaysia, terkenal dengan alunan vokalnya yang lunak, penyampaian yang bersahaja serta karisma luar biasa di pentas. Sepanjang lebih dua dekad berkecimpung dalam industri muzik, beliau berjaya mengukuhkan kedudukannya dengan menggabungkan keanggunan muzik jazz bersama sentuhan kontemporari yang mencerminkan identiti Malaysia, sekali gus memikat hati bukan sahaja peminat setia jazz, malah pencinta muzik daripada pelbagai lapisan masyarakat.
0 Comments