PETALING JAYA, 14 JULAI 2026 — Kumpulan nasyid legenda tanah air, Hijjaz, bakal mengubat rindu para peminat dan pencinta irama ketuhanan dengan peluncuran album studio terbaharu mereka yang berjudul "Akhir Bersamamu". Album yang dinanti-nantikan ini dijadualkan menemui pendengar di semua platform penstriman digital utama bermula 10 Julai 2026.
Sehubungan dengan itu, satu Majlis Sidang Media Khas diadakan pada 14 Julai 2026 bagi menwar-warkan serta berkongsi perincian lanjut mengenai penghasilan produk terbaharu ini bersama rakan-rakan media dan penggiat industri.
Sentuhan Magis Komposer & Penulis Lirik Tersohor
Album Akhir Bersamamu menampilkan enam (6) buah lagu baharu yang mengekalkan identiti harmoni vokal unik Hijjaz, namun disuntik dengan elemen susunan muzik yang lebih segar. Istimewanya, kesemua lagu ini mendapat sentuhan daripada barisan komposer berpengalaman yang juga merupakan anggota Hijjaz sendiri iaitu Isman Hijjaz, Munif Hijjaz, Faizal Hijjaz dan Ariffin Rahim.
Bagi memastikan mesej dakwah, kemanusiaan, dan kecintaan yang mendalam sampai ke lubuk hati pendengar, Hijjaz turut menjalinkan kolaborasi bersama barisan penulis lirik puitis dan pemenang anugerah negara. Antara nama besar yang terlibat ialah:
● Datuk Habsah Hassan
● Lukhman
● Ahmad Fedtri Yahya
● Atie
● Isman Isam
● Abai Os
Senarai Trek Lagu Album "Akhir Bersamamu": 1. Salam Maulidur Rasul
2. Mati Itu Pasti
3. Inang Cinta Memuji
4. Akhir Bersama-MU
5. Seiring Seganding
6. Rufaidah Al-Aslamiyah
Penerbitan album ini adalah projek khas di bawah syarikat penerbitan Inteam Records Sdn. Bhd. bukan sahaja menjadi saksi kedewasaan muzikal Hijjaz setelah hampir tiga dekad berada dalam industri, malah diharapkan dapat menjadi penawar serta inspirasi buat masyarakat menerusi mesej ketuhanan dan sirah yang disampaikan.
0 Comments