SATU MALAM. SATU ALBUM. SATU WARISAN
PETALING JAYA, 4 Julai 2026 – Jadilah antara yang terawal untuk menyaksikan detik bersejarah dalam perjalanan muzik Dato' Yusry.
Sony Music Entertainment Malaysia dengan bangganya membawakan Eternal Gala Night—sebuah majlis gala eksklusif bagi meraikan pelancaran album solo terbaharu Dato' Yusry yang berjudul Eternal.
● Tarikh: 16 Julai 2026.
● Tempat: JioSpace, Petaling Jaya.
Setelah lebih tiga (3) dekad mencorakkan industri muzik tanah air, Dato' Yusry kini membuka lembaran baharu menerusi album yang diispirasikan daripada kisah perjalanan, pengalaman, serta evolusi seni beliau sepanjang bergelar anak seni.
Pada malam yang penuh bermakna ini, para tetamu bakal menjadi kumpulan pertama yang menyaksikan tayangan perdana eksklusif bagi setiap video muzik rasmi dan visualizer daripada EP album Eternal di skrin besar, sebelum ia dilancarkan kepada umum.
Selain itu, malam tersebut turut akan diserikan dengan persembahan secara langsung (live) yang digubah khas dan hanya akan dipersembahkan sekali sahaja untuk acara malam tersebut.
Kategori Tiket:
Kategori VIP Merangkumi:
● Akses Laluan Ekspres (Express Lane)
● Tempat duduk bernombor di barisan hadapan
● Pas ID Eksklusif
● Akses keutamaan untuk sesi Ramah Mesra (Meet & Greet)
● Jamuan ringan
● Cenderamata eksklusif dan salinan album yang ditandatangani oleh Dato' Yusry
Kategori Tiket Biasa (General Admission) Merangkumi:
● Tempat duduk bernombor di barisan belakang
● Sesi Ramah Mesra (Meet & Greet)
● Jamuan ringan
● Cenderamata eksklusif dan salinan album yang ditandatangani oleh Dato' Yusry
Acara ini bukan sekadar pelancaran album biasa – ia adalah sebuah apresiasi terhadap perjalanan seni luar biasa, evolusi yang mengagumkan, dan permulaan kepada legasi terbaharu Dato' Yusry.
Jangan lepaskan peluang keemasan anda untuk menjadi sebahagian daripada malam yang penuh bersejarah ini!
🎟️ DAPATKAN TIKET ANDA DI SINI: http://yusryeternal.ubertickets.asia/
0 Comments