Pameran Jentera Antarabangsa Malaysia Ke-37 (MIMF 2026) Himpun Lebih 700 Stan Pameran Global, Sasar Pacu Transformasi Pembuatan Pintar Di MITEC Kuala Lumpur


KUALA LUMPUR, 1 Julai 2026 – Pameran Jentera Antarabangsa Malaysia Ke-37 (MIMF 2026) bakal berlangsung dari 16 hingga 18 Juli 2026 bertempat di Dewan 2, 3 dan 4, Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. Pameran berprestij ini akan dibuka kepada pelawat industri dari jam 10:00 pagi hingga 6:00 petang.

​MIMF 2026 merangkumi dua acara utama yang diadakan secara serentak iaitu Pameran Plastik, Acuan & Alatan Antarabangsa Malaysia Ke-37 (MY-PLAS 2026) dan Pameran Pemprosesan Makanan, Pembungkusan & Peralatan Bakeri Antarabangsa Malaysia 2026 (MY-PACK PRO 2026).

Berbekalkan rekod prestasi yang cemerlang selama 36 tahun sejak penubuhannya pada tahun 1989, edisi kali ini dijangka menarik kehadiran lebih 10,000 pelawat perdagangan profesional. Ini termasuk golongan pengilang, pengedar, pengimport, pengeskport, persatuan industri, agensi kerajaan, pelabur, serta peneraju perniagaan dari dalam dan luar negara.


​Sebagai salah satu pameran jentera industri paling lama bertahan di Malaysia, MIMF konsisten menjadi platform utama dalam mempromosikan kecemerlangan pembuatan, menggalakkan perdagangan antarabangsa, dan memperkukuh kerjasama industri serantau. Dalam tempoh tiga dekad, ia telah berkembang menjadi antara pameran paling berpengaruh di Asia Tenggara, khususnya dalam sektor pembuatan plastik, teknologi acuan, pemprosesan makanan, pembungkusan dan automasi industri.

Penyertaan Antarabangsa Yang Hebat

​Pameran tahun ini akan menampilkan lebih 700 stan pameran, dengan kira-kira 70% daripadanya diisi oleh pempamer antarabangsa. Syarikat-syarikat dari China, Korea Selatan, Jepun, Singapura, Indonesia, Bangladesh, Thailand, Vietnam, India, Jerman, dan Malaysia disahkan bakal mengambil bahagian.


Acara ini turut mendapat sokongan padu daripada lebih 60 dewan perniagaan tempatan dan antarabangsa, organisasi perdagangan, serta persatuan industri, sekali gus memperkukuh peluang rangkaian perniagaan global.

●  ​Penganjur: ES International Event Management Sdn. Bhd.
●  ​Pengiktirafan Rasmi: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)
●  ​Organisasi Sokongan:
    ■  ​Biro Konvensyen & Pameran Malaysia (MyCEB)
    ■  ​Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
    ■  ​Malaysia Promas International Business Society (PROMAS)
    ■  ​Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia (DPUM)
    ■  ​Malaysia-China International Trade Link Association (MACITA)
​    ■  Serta lebih 60 persatuan perdagangan dan industri tempatan serta antarabangsa.


Objektif Sidang Media

​Sidang media yang diadakan hari ini bertujuan untuk mengumumkan penganjuran MIMF 2026 secara rasmi dengan mengetengahkan objektif pameran, komponen utama, sektor yang terlibat, serta rakan strategik. Ia juga menjadi platform penting untuk berinteraksi dengan pihak media, pemegang taruh industri, agensi kerajaan, dan bakal pempamer dalam memperkukuh kerjasama antara sektor awam dan swasta.

Profil Pameran & Teknologi Yang Ditampilkan

​MIMF 2026 bakal menghimpunkan pengilang dan pembekal tersohor global daripada segmen:

●  ​Pemprosesan Plastik & Teknologi Acuan (Mould & Tooling)
​●  Teknologi Pembungkusan & Pemprosesan Makanan
●  ​Kecerdasan Buatan (AI) & Pembuatan Pintar
​●  Automasi Industri & Peralatan Bakeri

Antara teknologi berimpak tinggi yang akan dipamerkan termasuklah Mesin Pengacuan Suntikan Plastik, Sistem Pemotongan Laser Industri, Mesin Pemprosesan Makanan Halal, Robotik Industri, serta Penyelesaian Kilang Pintar & Industri 4.0. Para pelawat juga berpeluang menyaksikan demonstrasi jentera secara langsung (live machinery demonstrations) di tapak pameran.


Tarikan Utama MIMF 2026

​1.  Majlis Pembukaan Rasmi: Bakal berlangsung pada 16 Julai 2026, jam 11:00 pagi, yang akan dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan kerajaan, duta-duta asing, perwakilan diplomatik, dan tokoh-tokoh industri.
​2.  Sesi Padanan Perniagaan (Business Matching): Sesi khas untuk menghubungkan pempamer secara terus dengan pembeli dan pengilang daripada sektor pembungkusan dan pemprosesan makanan.
3.  ​Forum Pelaburan Industri Plastik Antarabangsa: Membincangkan hala tuju industri plastik Malaysia, trend pembuatan ASEAN, teknologi hijau, dan peluang pelaburan baharu.
4.  ​Pavilion Pembuatan Pintar AI & Industri 4.0: Zon pameran khas yang mempamerkan Penyelesaian Kilang Pintar, Industrial Internet of Things (IIoT), dan Sistem Pengurusan Pengeluaran Pintar bagi mempercepatkan transformasi digital sektor pembuatan.
​5.  Sektor Pemprosesan & Pembungkusan Makanan Halal: Mengambil kira kedudukan Malaysia sebagai hab halal global, segmen ini diperluaskan bagi memacu automasi pembuatan halal dan menembusi pasaran ASEAN serta Timur Tengah.
6.  ​Platform Pembangunan PKS & Keusahawanan: Menyediakan platform strategik bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta syarikat pemula (start-ups) tempatan untuk menonjolkan produk mereka ke pasaran antarabangsa di bawah penjenamaan "Made in Malaysia".


Program Insentif Pembeli (Hosted Buyer Programme)

​Bagi merancakkan penyertaan perdagangan, MIMF 2026 memperkenalkan Hosted Buyer Programme khusus untuk pembeli perdagangan yang layak dari luar kawasan Kuala Lumpur, Selangor, dan Seremban. Pembeli yang memenuhi kriteria boleh memilih salah satu daripada insentif berikut:

●  ​Pilihan A: Pengangkutan bas pergi-balik percuma yang disediakan oleh penganjur.
​●  Pilihan B: Penginapan hotel percuma selama satu malam.
​●  Pilihan C: Persatuan perdagangan yang berjaya mengumpulkan lebih 20 pembeli (mewakili sekurang-kurangnya 15 syarikat) akan menerima sokongan dana aktiviti sebanyak RM2,000 daripada penganjur.

Memacu Pertumbuhan Industri Serantau & Liputan Media Meluas

​MIMF 2026 bukan sekadar pameran jentera biasa, ia merupakan platform strategik untuk mempercepatkan peralihan industri pembuatan Malaysia ke arah automasi, pendigitalan, dan pengantarabangsaan.

​Pihak penganjur juga menyasarkan liputan media yang meluas menerusi kerjasama dengan organisasi media tempatan dan antarabangsa, pencipta kandungan digital (digital content creators), serta pasukan penstriman langsung.

Strategi pemasaran digital multi-platform ini dijangka mampu mencapai lebih satu juta tontonan dalam talian, sekali gus memberikan pendedahan global yang maksimum kepada jenama pempamer.


Jemputan Kepada Penggiat Industri

​Pihak penganjur dengan segala sukacitanya menjemput semua pengilang, pembekal, pengimport, pengeskport, pelabur, dan profesional industri untuk hadir dan memeriahkan MIMF 2026 di MITEC, Kuala Lumpur dari 16 hingga 18 Julai 2026 ini.
Untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran pelawat dan penyertaan, sila layari laman web rasmi pameran atau hubungi pihak penganjur di talian yang disediakan.

Post a Comment

0 Comments