POCKET TV OLEH KOS SERANI KOLABORASI RASYAH STUDIO RAI ULANG TAHUN PRA- PELANCARAN CAWANGAN AMPANG



Taman Cahaya,  Ampang 19 JULAI 2026 – Rasyah Studio Academy telah me lancar majlis pra-pelancaran (soft launching) cawangan baharu mereka di Ampang hari ini.

​Majlis istimewa ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada semua pihak yang telah menyokong perjalanan Rasyah Studio Academy selama ini. 


Pihak pengurusan menjemput rakan-rakan terdekat, ahli keluarga, rakan media, serta pelanggan setia untuk sama-sama memeriahkan dan berkongsi detik bersejarah ini.
Sempena sambutan berkembar ini, para tetamu yang hadir bakal membawa pulang beg cenderahati (goodies bag) eksklusif dan menikmati hidangan ringan yang disediakan. 


Selain itu, majlis turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik serta tawaran promosi eksklusif yang hanya tersedia sepanjang acara berlangsung.

Menurut pemilik Rasya Studio, Puan Inday Che, sempena pea-Pelancaran ini, Rasya Studio sedang menawarkan promosi sewa sejam RM60 dan untuk sewaan 3 jam, percuma 1 jam. Antara kegunaan sewaan adalah, untuk Kelas Tarian, kelas drama, Kelas Modeling, seminar, sambutan ulang tahun, kursus solekan, kelas Zumba, dan kelas drama.


Rasya Studio pernah di sewa sebagai lokasi drama terbitan Zeel Production, dimana melibatkan Fauziah Ahmad Daud (Ogy) Aishah Retno dan lain-lain.

​"Kami sangat teruja untuk meraikan pencapaian ini bersama komuniti yang sentiasa menyokong kami. Pembukaan cawangan Ampang ini merupakan satu langkah besar bagi Rasyah Studio Academy dalam memperluaskan lagi perkhidmatan dan jaringan kami," kata Kos Serani pula, selaku Pengarah Pemasaran Rasya Studio


​Rasyah Studio,
6-1, Persiaran Cahaya 2,
Taman Cahaya Indah,
68000 Ampang, Selangor.
Rasyah Studio Academy mengalu-alukan kedatangan semua untuk menyertai kemeriahan ini dan meneroka peluang serta promosi hebat yang ditawarkan.

Post a Comment

0 Comments