YB DATUK SERI AHMAD MASLAN RASMIKAN PAMERAN PERNIAGAAN ANTARABANGSA DI MATRADE; PERKUKUH HUBUNGAN DAGANG MALAYSIA-CHINA



KUALA LUMPUR, 16 JULAI 2026 – Hubungan perdagangan antarabangsa antarabangsa Malaysia terus diperkukuh menerusi penganjuran pameran perniagaan berprestij yang berlangsung di Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) hari ini. Majlis perasmian acara tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Ahmad Maslan selaku Tetamu Kehormat (GOH).

Pameran bertaraf global ini merupakan anjuran bersama penggerak industri terkemuka termasuk ES International Event Management, Malaysia Promas International Business Society (PROMAS), MACITA, CANTON FAIR, CIIE, dan Malaysia International Business Society (MIBS). 



Penganjuran ini turut menyaksikan pengenalan khas mengenai Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2026 oleh Wakil Eksekutif Jualan Antarabangsa Bahagian MIHAS, Encik Zach Chong.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Presiden Kehormat Seumur Hidup PROMAS, YBhg Lady Puan Sri Dr. Susan Cheah. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan kerjasama strategik antara persatuan perniagaan tempatan dan antarabangsa dalam memacu pertumbuhan ekonomi pasca-pandemik.



Turut menyampaikan ucapan ialah Pengarah Urusan ES International Event Management Sdn Bhd, YBhg Dato’ Chong Chong Tik, yang menzahirkan komitmen syarikat dalam menyediakan platform padanan perniagaan (B2B) yang efektif bagi usahawan tempatan menembusi pasaran global.

Kepentingan hubungan bilateral antara Malaysia dan China terus diperakui menerusi kehadiran serta ucapan daripada Encik Wang Zhanjie, Presiden China Plastic Processing Industry Association (CPPIA). 


Kehadiran delegasi dari China ini membuka peluang pelaburan baharu yang signifikan, khususnya dalam sektor pembuatan dan pemprosesan plastik berasaskan teknologi tinggi.

Sebagai hos acara, Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, YBhg Dato’ Abu Bakar Yusof, dalam ucapannya menyatakan sokongan penuh terhadap inisiatif ini. Beliau menegaskan bahawa MATRADE akan terus komited dalam memfasilitasi syarikat-syarikat tempatan untuk mengeksport produk dan perkhidmatan mereka ke peringkat global melalui platform pameran seperti ini.



Kemuncak majlis menyaksikan YB Datuk Seri Ahmad Maslan menyampaikan amanat perasmiannya sebelum melancarkan gimik perasmian secara rasmi. Sejurus selepas sesi bergambar dan penyampaian cenderahati, YBhg Dato’ Abu Bakar Yusof menyampaikan Anugerah Pameran (Exhibitor Award) kepada syarikat-syarikat yang mempamerkan kecemerlangan sepanjang acara berlangsung.



Majlis diakhiri dengan sesi lawatan tapak pameran oleh YB Datuk Seri Ahmad Maslan bersama barisan tetamu kenamaan, sebelum para hadirin dijemput untuk menikmati jamuan makan tengah hari.

Post a Comment

0 Comments