ERMA FATIMA KEMBALI DENGAN FILEM "LANGIT 2 WARNA"... 10 TAHUN MENANTI CERITA YANG TEPAT!

Reza Rahadian dan Ummi Nazeera terajui filem cinta agung Malaysia - Indonesia yang
menghimpunkan barisan bintang dua negara


KUALA LUMPUR, 26 OGOS 2026 - Selepas hampir 10 tahun menyepi daripada
pengarahan filem, pengarah dan pengkarya tersohor Erma Fatima kembali ke layar
perak menerusi LANGIT 2 WARNA, sebuah filem cinta agung Malaysia–Indonesia yang
menemukan aktor tersohor Indonesia, Reza Rahadian bersama pelakon berbakat besar
Malaysia, Ummi Nazeera sebagai teraju utama.

Diterbitkan oleh Rumah Karya Citra (M) Sdn. Bhd. dan penerbit bersama Datin Seri Dr.
Rosmariza Dato' Haji Che Umar, LANGIT 2 WARNA bukan sekadar kepulangan biasa
untuk Erma ke kerusi pengarahan. Naskhah yang ditulis dengan penuh rasa cinta
tentang pengorbanan, prinsip dan pilihan ini berjaya meyakinkan beliau untuk kembali
ke layar perak.


Saya tidak mahu kembali hanya kerana ingin membuat sebuah filem. Saya mahu kembali apabila saya mempunyai sebuah cerita yang benar-benar membuat saya merasa bahawa cerita ini perlu dilahirkan. Dan apabila saya melihat barisan pelakon yang akhirnya bersetuju berdiri bersama dalam Langit 2 Warna, saya tahu perjalanan ini bukan lagi perjalanan saya seorang.”


LANGIT 2 WARNA diperkenalkan secara rasmi kepada media dan industri menerusi
acara eksklusif “LANGIT 2 WARNA - Cast Reveal” yang berlangsung hari ini di Sky
Lounge, Level 46, West Wing, Wyndham Suites KLCC, Kuala Lumpur.

Majlis tersebut turut menyaksikan pengumuman barisan pelakon yang menghimpunkan nama-nama besar industri seni Malaysia dan Indonesia.


Menerajui filem ini ialah Reza Rahadian dan Ummi Nazeera, selain Christine Hakim,
Eman Manan, Dato' Ahmad Tamimi Siregar, Umie Aida, Dr. Rosdeen Suboh, Hazwani
Helmi, Heliza Helmi, Zizi Kirana, Ismail Yaacob dan Sharifah Aryana.

Pertemuan barisan pelakon dua negara ini menjadi sebahagian daripada cita-cita
LANGIT 2 WARNA, bukan sahaja untuk menghasilkan sebuah karya berskala besar,
tetapi mempertemukan pengalaman, jiwa dan disiplin seni daripada dua (2) industri
serumpun dalam satu naskhah.


SEBUAH FILEM CINTA AGUNG

Di sebalik skala besar produksinya, LANGIT 2 WARNA berdiri atas sesuatu yang
sangat dekat dengan manusia; cinta. Namun bagi Erma, cinta dalam filem ini bukan
sebuah kisah romantis yang ringan.


Ia membawa cinta sebagai sebuah perjalanan tentang keyakinan, keluarga, prinsip,
pengorbanan, kehilangan dan pilihan. Sebuah cinta yang tidak hanya bertanya tentang siapa yang akhirnya dimiliki, tetapi apa yang sanggup dilepaskan untuk mempertahankannya. Dalam dunia yang semakin mudah terpisah kerana perbezaan,
LANGIT 2 WARNA membawa satu (1) persoalan: Sejauh manakah manusia sanggup
mempertahankan cinta apabila cinta itu sendiri menguji segala yang selama ini
dipercayainya?


Atas dasar itu, produksi meletakkan LANGIT 2 WARNA sebagai sebuah filem cinta
agung; sebuah karya yang mahu mengembalikan pengalaman cinta di layar perak dengan skala, jiwa dan emosi yang kekal bersama penonton selepas meninggalkan panggung.


Sudah lama saya teringin melihat sebuah filem cinta yang tidak malu untuk menjadi
besar. Besar emosinya, besar dunianya, besar pengorbanannya. Langit 2 Warna adalah
usaha saya untuk kembali percaya bahawa cinta masih mampu menjadi sebuah
peristiwa besar di layar perak,” ujarnya yang juga bertindak sebagai penulis skrip dan
penerbit.

Penggambaran dijadualkan berlangsung pada November dan Disember 2026 di
beberapa buah negara termasuk Malaysia, Indonesia, Mesir dan Arab Saudi. Setiap
lokasi bukan sekadar menjadi latar visual, tetapi sebahagian daripada perjalanan
spiritual dan emosi watak-wataknya.

Pertemuan budaya Malaysia dan Indonesia berlatarkan dunia Islam yang nn̈ luas
menjadikan LANGIT 2 WARNA sebuah produksi yang mahu berbicara kepada
penonton serantau tanpa kehilangan akar identitinya.


BARISAN PELAKON
Reza Rahadian  -  Salafi
Ummi Nazeera  -  Innara
Christine Hakim -  Ibu Aishah Khalida
Eman Manan  -  Ustaz Taufiq
Umie Aida  -  Hamidah
Dato' Ahmad Tamimi Siregar  -  Ustaz Huzaimi
Mohammad Samih Salem Assahouri  -  Maulana
Ismail Yaacob  -  Ustaz Syahid
Dr. Rosdeen Suboh  -  Kamil
Sharifah Aryana. -  Safiyah
Hazwani Helmi. -  Izzara
Heliza Helmi. -  Aliyah
Zizi Kirana. -  Nadia


Post a Comment

0 Comments