Antos Pinnacles Tingkat Khidmat Brokerage LFSA; Diperkasa Teknologi AI & MT5


Syarikat turut menggesa komuniti pelabur sentiasa waspada dan berhati-hati terhadap ancaman scam pelaburan dalam talian.

LABUAN, 2026 – Antos Pinnacles, kumpulan kewangan global, terus memperkukuh kedudukannya dalam industri perkhidmatan kewangan tempatan dan antarabangsa menerusi penawaran akses pasaran modal yang dikawal selia di bawah perundangan perkhidmatan kewangan Malaysia.

​Beroperasi di bawah Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (LFSA) melalui lesen Money Broking (No. Lesen: MB/20/0053), Antos Pinnacles menyediakan kemudahan perdagangan pelbagai instrumen menerusi platform terkemuka MetaTrader 5 (MT5). Penawaran ini turut diperkasa berasaskan teknologi analitik Kecerdasan Buatan (AI) serta sokongan berbilang bahasa bagi meningkatkan pengalaman pelabur.


​Antos Pinnacles menegaskan komitmennya terhadap rangka kerja kawal selia yang telus, termasuk pematuhan ketat kepada standard pengasingan dana pelanggan, pelaksanaan audit berkala, serta pengoperasian pejabat fizikal dan pasukan pengurusan bertauliah di Wilayah Persekutuan Labuan.

​Jurucakap Antos Pinnacles berkata, "Pengawasan kawal selia oleh LFSA memberikan tahap pengawasan yang jelas dan memastikan operasi syarikat sentiasa mematuhi standard piawaian industri. Kami komited untuk menyediakan persekitaran perdagangan yang telus, kukuh, dan selamat kepada seluruh pelanggan kami.".


​Waspada Penipuan Pelaburan (Scam)

​Di samping memperluas perkhidmatan brokerage berasaskan teknologi, Antos Pinnacles turut menggesa komuniti pelabur agar sentiasa bersikap berhati-hati dan menyemak latar belakang sebarang peluang pelaburan. Syarikat mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran pelaburan dalam talian yang menjanjikan kadar pulangan tidak munasabah atau jaminan keuntungan tanpa risiko.


​"Pelabur diingatkan supaya sentiasa menjalankan due diligence dan membuat semakan kendiri. Pengesahan status lesen serta maklumat entiti hendaklah dibuat secara terus menerusi daftar rasmi pengawal selia seperti LFSA atau Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), bukannya sekadar bergantung kepada pautan atau maklumat daripada laman web pihak ketiga," tambah kenyataan itu lagi.

​Selain beroperasi di Labuan, Antos Pinnacles mempunyai rangkaian operasi antarabangsa yang meluas di beberapa bidang kuasa global lain termasuk Hong Kong, St. Vincent and the Grenadines, dan Seychelles...

Relationship Manager

​###

​Mengenai Antos Pinnacles
​Antos Pinnacles ialah kumpulan perkhidmatan kewangan global yang menyediakan akses pasaran modal dan penyelesaian perdagangan pelbagai instrumen berasaskan teknologi maju. Beroperasi di bawah kawal selia Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (LFSA), syarikat berdedikasi untuk memberikan perkhidmatan brokerage yang telus, selamat, dan berinovasi tinggi kepada para pelabur individu mahupun institusi.

Post a Comment

0 Comments