Hidangan Ikonik Nusantara Dalam Sa.tu Tempat
Lahir daripada minat mendalam terhadap warisan kulinari Indonesia dan hasrat memperkenalkan keunikan rasa Nusantara kepada masyarakat Malaysia, AVOCake Pukis & Delights menghimpunkan pelbagai hidangan ikonik dan viral dari seluruh pelusuk Republik Indonesia.
Daripada Iga Bakar yang lembut, Sate Kambing Madura yang beraroma, Nasi Bakar yang padat dengan perisa, sehinggalah kepada snek kesukaan ramai seperti Cilok, Cireng, Batagor dan Tempe Mendoan, semuanya disediakan dengan penuh kasih sayang dan kesetiaan kepada resepi asli. Tambahan pula, juadah manisan dan minuman berasaskan buah avokado menjadi tarikan istimewa yang tidak boleh dilepaskan.
Lahir Daripada Pengalaman Tujuh Tahun di Indonesia
Pengasas dan Pengarah AVOCake Pukis & Delights, Dr. Shamsiah Yaakob, memulakan perjalanan ini tujuh (7) tahun lalu ketika berkhidmat sebagai pensyarah di Universitas Diponegoro, Semarang. Di sepanjang menetap di Indonesia, beliau mengambil kesempatan mempelajari rahsia penyediaan pelbagai juadah tempatan.
“Indonesia mempunyai khazanah kulinari yang sangat luas dan setiap daerah mempunyai keistimewaan tersendiri. Melalui AVOCake Pukis & Delights, kami mahu membawa hidangan yang dekat dengan jiwa masyarakat Indonesia untuk dinikmati pelanggan di Malaysia,” luah beliau.
berkongsi rasa itu diterjemahkan melalui sebuah outlet kecil di UTC Ampangan, Seremban. Sambutan yang luar biasa mendorong pembukaan cawangan kedua di Sikamat, Seremban pada penghujung tahun lalu, dan kini Sentul menjadi tapak pertumbuhan seterusnya.
Meluaskan Sayap ke Seluruh Negara
Bukan sekadar berhenti di Sentul, AVOCake Pukis & Delights mempunyai pelan pengembangan yang rancak. Cawangan ketiga dijadualkan dibuka di Kelana Jaya pada bulan Disember 2026 tahun ini, diikuti dengan langkah melangkah ke luar Lembah Klang iaitu ke negeri bersejarah Melaka dan Batu Pahat, Johor dalam masa terdekat.
Pengarah Bersama, Mohd Azri Ahmad Kamil, berkata pemilihan menu dilakukan dengan teliti supaya pelanggan merasai hidangan yang bukan sahaja popular dan viral di Indonesia, tetapi tetap mengekalkan keaslian rasa dan nilai tradisi yang tinggi.
Lebih Daripada Sekadar Restoran
Dengan konsep santapan keluarga yang mesra, suasana yang penuh kemesraan, dan hidangan yang memikat selera, AVOCake Pukis & Delights bertekad menjadi lebih daripada sekadar tempat makan. Ia adalah ruang pertemuan budaya, penghargaan terhadap warisan, dan bukti bahawa rasa sedap tiada sempadan.
Jadi, siapa kata mesti terbang jauh ke Indonesia untuk menikmati juadah aslinya?
“Tak Yah Jauh Ke Indonesia, Kat Malaysia Pun Ada!”
0 Comments