CHELOT bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia mulai 27 Ogos 2026
PUTRAJAYA, 18 Ogos 2026 – Filem aksi penuh misteri, CHELOT, telah melakar satu
lagi detik penting menerusi penganjuran Gala Premiere Filem CHELOT yang telah
berlangsung meriah di IOI City Mall, Putrajaya pada 18 Ogos 2026.
Acara tersebut telah menghimpunkan barisan pelakon, penerbit, penggiat industri,
tetamu kehormat serta rakan-rakan media bagi meraikan perjalanan filem CHELOT
menjelang tayangannya di pawagam seluruh Malaysia.Turut hadir ialah Ketua Polis
Negara, YBhg. Tan Sri Dato' Seri Haji Mohd Khalid bin Haji Ismail sebagai tetamu
kehormat yang telah memberikan sokongan terhadap penganjuran acara tersebut.
Berlangsung di Concourse, LG West Court, IOI City Mall Putrajaya, acara tersebut telah
menampilkan konsep red carpet yang istimewa dan penuh bertenaga, selari dengan
identiti serta karakter filem CHELOT.
Majlis telah dimulakan dengan kemunculan barisan pelakon sebelum suasana
dimeriahkan dengan kemunculan penuh tenaga perarakan Urumi Melam, pergerakan
kumpulan muzik tradisional masyarakat Tamil yang menggunakan gendang Urumi,
yang menampilkan pelakon Theebaan G and Chandni Nagadurga.
Kemunculan tersebut telah memberikan suasana yang lebih meriah sebelum barisan
pelakon utama CHELOT iaitu Beto Kusyairy, Shukri Yahaya, Shaheizy Sam, Nadhir
Nasar, Alicia Amin, dan Azhan Rani membuat kemunculan dari arah bertentangan
dengan entrance yang diinspirasikan daripada gaya polis Malaysia, sejajar dengan
konsep movie CHELOT.
Konsep kemunculan yang menggabungkan elemen kemeriahan Urumi Melam dengan
aura elegan ala polis Malaysia telah mencerminkan kepelbagaian serta karakter
tersendiri yang menjadi sebahagian daripada dunia CHELOT.
ADRIAN TEH KONGSI VISI DI SEBALIK CHELOT
Acara tersebut turut menampilkan ucapan daripada Adrian Teh, selaku Pengarah,
Penulis Skrip dan Penerbit CHELOT merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Act 2
Pictures.
Dalam ucapannya, Adrian telah berkongsi mengenai visi serta perjalanan di sebalik
pembikinan CHELOT dan bagaimana karya tersebut telah dibawa daripada peringkat
idea sehingga ke layar perak...
Beliau turut berkongsi antara cabaran terbesar dalam pembikinan filem tersebut,
khususnya babak aksi one-take yang menjadi antara pencapaian utama CHELOT.
Babak berdurasi 5 minit 19 saat itu dirakam secara berterusan merentasi laluan
sepanjang 1.9 kilometer, dari Quill City Mall ke Pertama Complex, dan telah diiktiraf
secara rasmi oleh Malaysia Book of Records sebagai “Longest Single-Take Action
Sequence in a Movie.”
Menurut Adrian, merealisasikan babak tersebut memerlukan perancangan dan
persiapan yang sangat teliti, dengan penglibatan lebih 300 kru produksi, 150 hari
persiapan, 60 jam latihan dan 8 jam penggambaran, selain penggunaan 50 buah
kenderaan prop bagi menjayakan keseluruhan babak.
Dengan konsep one-take, setiap pergerakan pelakon, kru, kamera, kenderaan dan
elemen aksi perlu diselaraskan dengan tepat kerana babak tersebut dirakam tanpa
sebarang potongan. Pencapaian tersebut sekali gus mencerminkan komitmen serta
kerjasama seluruh pasukan produksi dalam merealisasikan visi CHELOT di layar perak.
TAYANGAN EKSKLUSIF DAN SIDANG MEDIA CHELOT.
Selepas sesi red carpet dan fotografi berkumpulan, barisan pelakon, tetamu kehormat serta rakan-rakan media telah bergerak ke GSC IOI City Mall untuk menyaksikan tayangan eksklusif CHELOT dan seterusnya sesi Meet and Greet bersama para
pelakon.
Sesi tersebut telah disusuli dengan Sidang Media CHELOT yang berlangsung di Hall
11, GSC IOI City Mall, dengan menampilkan barisan pelakon serta produksi filem.
Dalam sesi sidang media tersebut, para pelakon telah berkongsi pengalaman
sepanjang pembikinan CHELOT, termasuk mengenai karakter masing-masing, cabaran
sepanjang penggambaran, pengalaman bekerja bersama serta momen yang paling
diingati sepanjang menjayakan filem berkenaan.
Rakan-rakan media turut diberikan peluang untuk mengemukakan soalan secara
langsung kepada barisan pelakon dan pasukan produksi sebelum meneruskan sesi
temu bual secara one-to-one.
https://youtu.be/qEAJvqbNenc?si=VTRCNpZunlsddkjR
CHELOT BAKAL MENEMUI PENONTON DI PAWAGAM
Penganjuran Gala Premiere CHELOT telah menjadi antara kemuncak perjalanan
promosi filem tersebut sebelum ia menemui penonton di seluruh Malaysia.
CHELOT akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 27 Ogos 2026.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri kisah, aksi dan misteri yang
menjadi taruhan CHELOT di layar perak.
CHELOT DI PAWAGAM 27 OGOS 2026
#CHELOT #GalaPremiere #GSCMovies
0 Comments