Direka untuk gaya hidup yang sentiasa bergerak, HUAWEI MatePad Air terbaharu membawakan kemudahan mudah alih, keupayaan AI pintar serta pengalaman lancar untuk kerja, kreativiti dan keperluan harian.
KUALA LUMPUR, 18 OGOS 2026 – HUAWEI secara rasminya telah melancarkan HUAWEI MatePad Air baharu di Malaysia, memperkenalkan tablet terbaharunya yang direka khusus untuk memenuhi tuntutan pengguna moden. Ditampilkan sebagai tablet AI seumpama PC yang Ultra-nipis, MatePad Air baharu ini membawakan pendekatan segar terhadap produktiviti yang lancar, pengalaman pintar, serta kepelbagaian fungsi harian.
Dengan ketebalan hanya 5.3mm dan berat sekadar 509g, HUAWEI MatePad Air direka untuk bergerak bersama anda—sama ada semasa bekerja di meja, bersantai di kafe, menghadiri mesyuarat, mahupun ketika dalam perjalanan di sekitar bandar. Hadir dalam pilihan warna Airy Blue, White, dan Sakura Pink, tablet ini menggabungkan profil minimalis dengan pilihan warna ceria yang mencerminkan kepelbagaian fungsi pengguna sasarannya.
Tugasan menjadi lebih pintar menerusi HUAWEI MatePad Air dan perisian WPS Office bertaraf PC yang kini dinaik taraf dengan WPS AI. Direka untuk mempermudahkan aliran kerja harian, WPS AI mampu menjana slaid pembentangan, menyediakan draf dokumen, memurnikan penulisan, merumuskan fail PDF yang panjang, serta menganalisis helaian kerja (spreadsheet). Ini membantu pengguna merealisasikan idea menjadi hasil akhir yang kemas dengan lebih mudah dan cekap.
Daripada sesi kuliah dan ulang kaji saat akhir hinggalah ke mesyuarat serta perbincangan, HUAWEI Notes membantu pengguna menjimatkan masa dalam mengurus maklumat agar dapat memberi tumpuan kepada perkara yang lebih penting. Fungsi AI Speech-to-Text boleh merakam dan menterjemah percakapan kepada teks bagi kuliah, mesyuarat, dan perbincangan, memudahkan pengguna menyemak semula poin utama serta butiran penting. Sementara itu, AI Handwriting Enhancement menjadikan nota tulisan tangan lebih jelas dan mudah dibaca. Pengguna juga boleh membuat anotasi dan menambah ulasan pada fail PDF, manakala fungsi AI Tutor menawarkan penjelasan langkah demi langkah bagi pelbagai subjek termasuk kimia, ekonomi, biologi, dan fizik.
HUAWEI MatePad Air menghidupkan kandungan menerusi Skrin PaperMatte OLED Ultra-Jelas 2.8K berukuran 12 inci. Dengan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 92%, pemotong tepi (bezel) ultra-nipis 4.69mm, serta reka bentuk FullView tanpa takuk (notch-free), pengguna dapat menikmati paparan yang lebih mendalam, dilengkapi kecerahan puncak sehingga 1,200 nits untuk visual yang cerah dan terperinci. Kemasan PaperMatte mengurangkan pantulan cahaya untuk pengalaman tontonan yang selesa seumpama membaca di atas kertas.
HUAWEI M-Pencil Pro membawa interaksi melampaui input stilus tradisional menerusi gerakan isyarat (gestures) intuitif yang direka untuk kawalan dan fleksibiliti lebih baik. Dengan sokongan gerakan cubit (pinch), tekan (press), dan putar (rotate), pengguna boleh menavigasi dan berinteraksi dengan kandungan secara lebih semula jadi, manakala 16,384 tahap kepekaan tekanan menawarkan pengalaman menulis dan melukis yang tepat serta responsif. Ciri Swipe to Turn Pages memudahkan navigasi dokumen dan pembentangan, manakala fungsi Air Mouse membolehkan pengguna mengawal slaid secara kawalan jauh untuk pembentangan yang lebih lancar.
Melengkapi kesemua keupayaan ini ialah kuasa prestasi HUAWEI MatePad Air yang berkeupayaan tinggi, direka untuk bertahan dari awal pagi hingga ke tugasan terakhir. Dikuasai oleh cip lapan teras (octa-core) Kirin T93C dan disokong oleh memori maya sehingga 8GB, ia memberikan prestasi pelbagai tugas (multitasking) yang lancar. Bateri berkapasiti 10,100 mAh dengan 66 W HUAWEI SuperCharge pula memastikan pengguna kekal produktif lebih lama. Dinaik taraf dengan keupayaan AI maju untuk meningkatkan produktiviti, HUAWEI MatePad Air sedia menyokong kerja, kreativiti, dan hiburan anda di mana jua.
Lebih daripada sekadar tablet ringan, HUAWEI MatePad Air menggabungkan reka bentuk berfikiran maju, ciri-ciri pintar, dan ekosistem terhubung yang dibina untuk gaya hidup moden—membantu pengguna beralih secara lancar antara kerjaya, kreativiti, dan kehidupan harian.
Berharga RM3,999, HUAWEI MatePad Air kini rasmi unitnya di Malaysia. Pelanggan boleh menikmati faedah pelancaran bernilai sehingga RM4,503, termasuk rebat RM500, HUAWEI Smart Magnetic Keyboard, HUAWEI M-Pencil Pro, HUAWEI Wireless Mouse, WPS Office dikuasakan AI dengan langganan WPS AI selama 1 tahun, HUAWEI Notes dikuasakan AI, serta Perkhidmatan Premium HUAWEI. HUAWEI MatePad Air boleh didapati di HUAWEI Experience Stores dan menerusi saluran dalam talian rasmi HUAWEI, termasuk Laman Web Rasmi HUAWEI, Kedai Rasmi HUAWEI di Shopee, Kedai Unggul HUAWEI di Lazada, dan Kedai TikTok Rasmi HUAWEI.
Untuk kemas kini terbaharu, layari Laman Web Rasmi HUAWEI, halaman Facebook Rasmi HUAWEI, atau Instagram.
###
Mengenai HUAWEI Consumer Business Group (CBG) Malaysia
Produk dan perkhidmatan Huawei boleh didapati di lebih 170 buah negara dan digunakan oleh satu pertiga daripada populasi dunia. Sebanyak 14 pusat R&D telah ditubuhkan di seluruh dunia termasuk di Jerman, Sweden, Rusia, India, dan China. Huawei Device BG merupakan salah satu daripada tiga unit perniagaan Huawei yang merangkumi telefon pintar, PC dan tablet, peranti boleh pakai, perkhidmatan awan, dan lain-lain. Rangkaian global Huawei dibina atas kepakaran lebih 30 tahun dalam industri telekomunikasi dan berdedikasi untuk menyampaikan kemajuan teknologi terkini kepada pengguna di seluruh dunia.
0 Comments