KAMISEMPOI GOLDEN AWARD 2025 KEMBALI BUAT TAHUN KE-4, KSIA MOVIKAN EKOSISTEM LIVE STREAMING SEBAGAI KERJAYA PROFESIONAL


21 kategori dipertandingkan, sementara KamiSempoi Premier Academy bakal menjadi platform melahirkan bakat live streaming berstandard profesional 

KUALA LUMPUR, 18 OGOS 2026 - KamiSempoi Golden Award 2025, anjuran KamiSempoi International Agency (KSIA), kembali buat tahun keempat berturut-turut bagi mengiktiraf, menghargai dan meraikan pencapaian para pencipta kandungan digital serta hos TikTok LIVE dari seluruh negara. 

Acara kemuncak KamiSempoi Golden Award 2025 akan berlangsung pada 28 Ogos 2026 di Glitz Gala Ballroom, Pusat Perdagangan Mines 2, Mines Wellness City, Seri Kembangan ini turut mendapat tajaan daripada M Route dan MK Media Studios. 

Sebagai peneraju utama agensi TikTok LIVE di Malaysia, KSIA terus memainkan peranan penting dalam membangunkan bakat, memperkukuh komuniti live streaming serta membuka lebih banyak peluang dalam ekonomi digital, bukan sahaja di Malaysia malah di rantau Asia Tenggara. 

Penganjuran tahun ini menyaksikan sebanyak 21 kategori pengiktirafan disediakan bagi meraikan pencapaian pelbagai pihak dalam ekosistem KamiSempoi, termasuk 13 kategori Live Host, tiga kategori Sub Agency, satu kategori Gifter, satu kategori Main Sponsor serta kategori Top Host Malaysia, Top Host Singapore dan Top Host Indonesia. 

Menurut Pakcik Chin Swee, CEO KamiSempoi International Agency (KSIA) dan Live Host TikTok, penganjuran KamiSempoi Golden Award 2025 bukan sekadar acara untuk memberikan pengiktirafan, tetapi menjadi platform bagi meraikan usaha dan pencapaian semua pihak yang bersama-sama membangunkan ekosistem KSIA. 

“KamiSempoi Golden Award, kita adakan untuk menghargai semua pihak dalam ekosistem kami. Bukan sahaja live host, tetapi juga sub-agency, gifter dan rakan penaja yang memainkan peranan masing-masing. 

Kami mahu mereka tahu bahawa kerja keras dan pencapaian mereka dihargai. Pada masa sama, anugerah ini juga menjadi motivasi kepada lebih ramai live host untuk meningkatkan prestasi mereka,” katanya. 

21 KATEGORI, LEBIH BANYAK RUANG UNTUK PENGIKTIRAFAN 

Sebanyak 13 kategori disediakan khusus untuk Live Host, manakala tiga kategori lagi dikhususkan kepada Sub Agency. 

Turut dipertandingkan ialah kategori Gifter dan Main Sponsor, selain tiga pengiktirafan utama mengikut pasaran iaitu Top Host Malaysia, Top Host Singapore dan Top Host Indonesia. 

Pengenalan kategori mengikut negara memperlihatkan skala perkembangan KSIA yang kini mempunyai komuniti live host yang semakin besar di rantau ini. 

Ketika ini, KSIA mempunyai kira-kira 4,300 live host di Malaysia, 1,500 di Indonesia dan 200 di Singapura. 

Menurut Pakcik Chin Swee, peningkatan jumlah komuniti tersebut menunjukkan perkembangan industri live streaming yang semakin mendapat tempat sebagai sebahagian daripada ekonomi digital. 

PEMILIHAN HOST GALA NIGHT BERDASARKAN PENCAPAIAN 

Bagi edisi kali ini, KSIA turut mengambil pendekatan lebih teliti dalam memilih hos yang akan mengambil bahagian dalam acara KamiSempoi Golden Award 2025. 

Pemilihan dibuat berdasarkan pencapaian diamond dan prestasi LIVE, selain melihat tahap komitmen serta perkembangan setiap hos dalam ekosistem KSIA. 

“Tahun ini kita betul-betul pilih host yang akan menyertai acara ini. Kita mahu mereka yang berada di pentas itu mempunyai pencapaian yang boleh dibanggakan. 

Antara perkara yang kita lihat ialah diamond achievement dan live achievement. Jadi ia bukan sematamata kerana seseorang itu popular, tetapi kerana mereka benar-benar menunjukkan prestasi dan usaha,” jelas Pakcik Chin Swee

Menurut beliau, pendekatan tersebut penting untuk membentuk budaya yang lebih berorientasikan pencapaian dalam kalangan live host. 

KSIA MAHU NAIKKAN STANDARD LIVE STREAMING MALAYSIA 

Di sebalik penganjuran KamiSempoi Golden Award 2025, KSIA turut melihat keperluan untuk membawa industri live streaming Malaysia ke tahap yang lebih profesional. 

Pakcik Chin Swee berkata, perkembangan live streaming di China menerusi platform Douyin menunjukkan betapa jauh industri tersebut boleh berkembang sekiranya aspek kandungan, teknologi dan produksi diberi perhatian serius. “Kalau kita lihat Douyin di China, mereka sudah jauh ke hadapan. Saya boleh katakan mereka mungkin sudah 10 hingga 12 tahun lebih advance daripada kita

“Di sana, orang buat LIVE sudah macam sebuah rancangan televisyen. Malah ada live yang mempunyai produksi sangat besar, termasuk konsert dan pelbagai bentuk persembahan. 

Kita di Malaysia masih mempunyai banyak ruang untuk improve. Kalau kita mahu bersaing, kita perlu mula bergerak ke arah live streaming yang lebih profesional,” katanya. 

Menurut beliau, antara perkara yang perlu diberikan perhatian ialah live setup, kualiti kamera, PC, sistem audio, pencahayaan, grooming, penampilan, kandungan, komunikasi serta cara seseorang hos mempersembahkan dirinya kepada penonton. “Kualiti bukan hanya pada cara mereka bercakap. Kita tengok keseluruhan live itu

“Bagaimana setup mereka, bagaimana kamera mereka, bagaimana mereka tampil, bagaimana mereka communicate dan bagaimana mereka menghiburkan penonton. 

Kalau pandai bercakap, pandai berkomunikasi dan pandai menghiburkan orang, itu asas yang sangat bagus. Tetapi kita mahu membentuk mereka menjadi lebih profesional,” katanya. 

KAMISEMPOI PREMIER ACADEMY BAKAL LAHIRKAN PROFESIONAL LIVE STREAMER 

Seiring dengan aspirasi tersebut, KSIA bakal memperkukuh usaha pembangunan bakat menerusi KamiSempoi Premier Academy, sebuah platform latihan yang diwujudkan bagi melahirkan generasi baharu profesional live streamer. 

Akademi tersebut akan beroperasi di pejabat KamiSempoi sendiri di Quill City Mall, Kuala Lumpur, dan menjadi pusat latthan serta pembangunan bagi individu yang benar-benar serius untuk menjadikan live streaming sebagai satu kerjaya, 

Berbeza daripada program yang terbuka kepada semua, pengambilan ke KamiSempoi Premier Academy akan melalui proses temuduga dan saringan. 

Calon perlu hadir untuk sesi temuduga dan dinilai berdasarkan minat, kebolehan berkomunikasi, kesungguhan serta komitmen mereka untuk menjadikan live streaming sebagai pekerjaan tetap. 

Pakcik Chin Swee berkata, latar belakang seseorang bukan faktor utama dalam pemilihan peserta. 

“Kami tidak kisah mereka datang daripada background apa. Penyanyi, pengacara, pelajar, suri rumah atau orang biasa sekalipun. 

“Yang penting mereka mahu belajar, mahu bekerja dan betul-betul serius untuk jadikan live streaming sebagai kerjaya. 

Kalau dia pandai bercakap, pandai berkomunikasi dan boleh menghiburkan orang, itu yang kami cari,” katanya. 

SATU TAHUN UNTUK MEMBINA KERJAYA, PRESTAS! MENJADI UKURAN 

KamiSempoi Premier Academy akan mempunyai kurikulum khusus dengan tempoh pembangunan selama satu tahun. 

Antara penanda aras yang ditetapkan ialah pencapaian 1 juta diamond dalam tempoh satu tahun sebagai salah satu syarat untuk menamatkan program. 

Bagaimanapun, peserta yang mempunyai prestasi dan perkembangan sangat baik berpotensi mencapai sasaran lebih awal, dengan tempoh sekitar enam bulan dilihat sebagai antara perkembangan terpantas yang boleh dicapai oleh seseorang hos. 

Kurikulum akademi akan merangkumi pelbagai aspek termasuk: 

●  Latihan teknikal
●  Content development
●  Look & feel Seorang host 
●  Grooming dan Penampilan 
●  Presentation 
●  Komunikasi
●  Live Setup
●  Interaksi daj Hiburan kepada penonton
●  Pembangunan prestasi LIVE

Pakcik Chin Swee berkata, peserta bukan sekadar datang untuk belajar, sebaliknya perlu membuktikan kemampuan mereka melalui pencapaian sebenar. 

“Kami ada kurikulum. Mereka perlu belajar dan bekerja pada masa yang sama. 

“Kalau ada yang boleh grow dalam enam bulan dan capai sasaran, itu sangat bagus. Tetapi program ini secara keseluruhannya adalah untuk tempoh satu tahun. 

Kalau mereka tidak mencapai sasaran, mereka perlu melalui penilaian dan latihan seterusnya. Kami mahu mereka benar-benar layak dan bersedia sebelum graduate,” katanya. 

UBAH PERSEPSI ‘WORK FROM HOME’ KEPADA KERJAYA PROFESIONAL 

Menurut Pakcik Chin Swee, salah satu (1) cabaran yang mahu ditangani menerusi akademi adalah persepsi bahawa pekerjaan sebagai live streamer mudah kerana ia boleh dilakukan dari rumah. 

Sebaliknya, beliau mahu membentuk generasi live streamer yang mempunyai disiplin, sasaran, daya saing dan fighting spirit. 

“Ramai orang mahu jadi live streamer tetapi tidak ada direction. 

“Kita mahu ubah mindset bahawa sebab kerja dari rumah, kita tidak perlu ada disiplin. Kalau mahu jadikan ini pekerjaan tetap, kita kena bekerja dan belajar. 

Kena ada drive, kena ada fighting spirit dan kena ada performance. Sebab itu kami wujudkan akademi ini,” katanya. 

SEDIAKAN STUDIO PROFESIONAL UNTUK MEREKA YANG BELUM MEMPUNYAI MODAL 

Selain latihan, KSIA turut mengambil kira cabaran kewangan yang dihadapi oleh individu yang mahu memulakan kerjaya sebagai live streamer profesional. 

Penyediaan sebuah studio LIVE yang lengkap memerlukan pelaburan besar, khususnya untuk kamera, PC berprestasi tinggi, sound card, sistem audio dan peralatan teknikal lain. 

Justeru, KSIA turut merancang menyediakan kemudahan studio secara sewaan kepada live streamer yang belum mempunyai kemampuan untuk menyediakan studio sendiri. 

“Untuk set up sebuah live studio yang betul-betul profesional, kosnya besar. 

“Kalau mereka sudah menyimpan dan ada bajet, mereka boleh set up studio sendiri. Tetapi kalau belum ada bajet, kami mahu sediakan studio untuk mereka. 

Ada PC, dua kamera, sound system dan keperluan asas untuk LIVE. Jadi mereka boleh datang dan gunakan kemudahan yang kami sediakan,” katanya. 

Langkah tersebut sekali gus menjadikan KSIA sebagai one-stop centre yang bukan sahaja menyediakan jatihan, malah membantu dari aspek kemudahan teknikal bagi mereka yang mahu membina kerjaya dalam bidang live streaming. 

BUKA PELUANG KERJAYA UNTUK BAKAT DARIPADA PELBAGAI LATAR BELAKANG 

Penubuhan KamiSempoi Premier Academy juga dilihat sebagai satu usaha KSIA untuk membuka peluang kerjaya baharu dalam ekonomi digital. 

KSIA percaya bidang live streaming boleh menjadi pilihan kerjaya kepada individu daripada pelbagai latar belakang, asalkan mereka mempunyai kemahiran komunikasi, kesungguhan dan kemahuan untuk belajar. 

“Kami mahu buka peluang kepada mereka yang betul-betul mahu belajar dan bekerja. 

“Tidak semestinya mereka mempunyai background dalam industri hiburan. Kalau ada kebolehan bercakap, berkomunikasi dan menghiburkan orang, kami boleh bantu mereka membangunkan kemahiran yang lain. 

Kami mahu jadikan KSIA sebagai satu pusat sehenti untuk mereka belajar, bekerja dan membina kerjaya sebagai profesional live streamer,” katanya. 

DARI KAMISEMPOI GOLDEN AWARD KE MASA DEPAN LIVE STREAMING 

Penganjuran KamiSempoi Golden Award 2025 buat tahun keempat berturut-turut mencerminkan perkembangan berterusan KSIA sebagai salah satu pemain utama dalam industri TikTok LIVE Malaysia dan Asia Tenggara. 

Daripada sekadar meraikan pencapaian hos, acara ini turut menjadi platform untuk KSIA memperlihatkan hala tuju baharunya dalam membangunkan bakat, meningkatkan standard produksi serta membuka lebih banyak peluang kerjaya dalam industri live streaming. 

Dengan komuniti yang kini mencecah kira-kira 4,300 live host di Malaysia, 1,500 di Indonesia dan 200 di Singapura, KSIA melihat potensi industri tersebut masih sangat besar. 

Pakcik Chin Swee berkata, matlamat akhirnya adalah untuk melahirkan live streamer Malaysia yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa. 

“Kami mahu orang melihat live streaming sebagai satu kerjaya profesional. 

“Kami mahu lahirkan generasi baharu yang bukan sahaja boleh mendapatkan tontonan, tetapi boleh menghasilkan sebuah live show yang berkualiti dan mempunyai standard produksi yang tinggi. 

Ini bukan sesuatu yang boleh berlaku dalam satu malam. Tetapi kita perlu mula bergerak sekarang. Kami percaya masa depan live streaming Malaysia sangat besar,’” katanya. 

Melalui KamiSempoi Golden Award 2025, KSIA meraikan kejayaan yang telah dicapai, manakala menerusi KamiSempoi Premier Academy, KSIA bersedia untuk membina generasi seterusnya — lebih profesional, lebih berkemahiran dan lebih bersedia untuk bersaing dalam landskap live streaming global. 

#KamiSempoi #KSIA #KamiSempoiGoldenAward2025 #KamiSempoiPremierAcademy #TIKTOKLIVE #LiveStreamer #DigitalCreator 

Post a Comment

0 Comments