(KUALA LUMPUR TOWER PERKENAL PENGALAMAN BAHARU DI ATAS BANDARAYA)
KUALA LUMPUR, 27 Ogos 2026 – Terletak 292-meter dari aras tanah, Sky Garden merupakan tarikan terbaharu di Kuala Lumpur Tower yang menawarkan ruang santai dikelilingi kehijauan, serta pemandangan 360 darjah Kuala Lumpur yang menakjubkan.
Sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-30 Kuala Lumpur Tower pada tahun 2026, Sky Garden telah dilancarkan secara rasmi hari ini menerusi majlis pemotongan reben yang disempurnakan oleh Pengerusi LSH Capital, Tan Sri Lim Keng Cheng, bersama Ketua Pegawai Eksekutif LSH Service Master Sdn. Bhd., Encik Khairil Faizal Hj Othman.
Direka untuk mereka yang ingin bersantai, menikmati hidangan serta meluangkan masa berkualiti bersama keluarga dan rakan-rakan, Sky Garden menawarkan cara yang lebih santai untuk menikmati bandaraya Kuala Lumpur dari tempat tinggi. Melengkapkan pengalaman ini ialah Sky Café, yang menyajikan pilihan hidangan ala kafe. Pengunjung boleh menikmati hidangan sambil meluangkan masa bersama insan tersayang, menghirup secawan kopi atau sekadar menghayati panorama bandar yang terbentang luas.
“Sky Garden diwujudkan untuk menawarkan pengalaman yang berbeza di Kuala Lumpur
Tower. Kami mahu pengunjung datang bukan sahaja untuk menikmati pemandangan,
tetapi juga untuk bersantai, menikmati hidangan yang enak dan meluangkan masa
berkualiti bersama insan tersayang. Kami berharap Sky Garden akan menjadi satu lagi
destinasi pilihan bagi pengunjung tempatan dan antarabangsa apabila berkunjung ke
Kuala Lumpur Tower,” kata Ketua Pegawai Eksekutif LSH Service Master Sdn. Bhd., Encik Khairil Faizal Hj Othman.
Pengalaman Baharu Sempena 30 Tahun Kuala Lumpur Tower
Sky Garden menambah lagi kepelbagaian pengalaman yang ditawarkan oleh Kuala Lumpur Tower, memberikan peluang kepada pengunjung untuk menikmati sisi berbeza ibu kota di samping menjadikan kunjungan mereka ke mercu tanda ikonik ini lebih menyeronokkan dan bermakna.
Tarikan baharu ini turut menyokong momentum sektor pelancongan negara sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026), selain menawarkan satu lagi pengalaman menarik kepada pengunjung tempatan dan antarabangsa ketika Malaysia menuju ke arah Tahun Melawat Malaysia 2027 (VM2027).
Pada usia 30 tahun, Kuala Lumpur Tower terus berkembang dengan memperkenalkan
pengalaman baharu, sambil kekal sebagai salah satu mercu tanda paling dikenali di Kuala Lumpur.
0 Comments