LANGKAH SEIRINGAN KE UNIFI ARENA 8 NOV INI UNTUK DIRANTAI DIGELANGI RINDU 35 TAHUN TIDAK CUKUP SATU MALAM, EXISTS KEMBALI DENGAN MEMENTO MORI 2.0


KUALA LUMPUR, 14 Ogos 2026 – Sepanjang lebih tiga dekad, Exists bukan sekadar menghasilkan lagu popular yang menghiasi corong radio. Mereka melalui pelbagai fasa dalam industri muzik daripada zaman kemuncak populariti, perubahan zaman dan cabaran industri, sehinggalah terus berdiri di pentas dan mengekalkan tempat mereka dalam sejarah muzik tempatan serta Nusantara.

Dengan pelbagai sepak terajang, jatuh bangun, babak berganti babak dan sejarah demi sejarah yang telah dicetak, 35 tahun ternyata belum cukup untuk menceritakan segala-galanya tentang Exists hanya dengan satu malam.

Maka selepas mencipta nostalgia menerusi Exists Memento Mori pada 1 Ogos lalu yang dihadiri ribuan peminat, kumpulan legenda itu kembali membuka lembaran seterusnya menerusi Exists Memento Mori 2.0.

Exists Memento Mori 2.0 diilhamkan bukan sekadar kerana menerima sambutan hangat sebaliknya penganjur, Icon Entertainment bersama tujuh pejuang Exists iaitu Ajai, Ujang, Along, Mamat, Shah, Musa dan Ezad berasa perjalanan selama 35 tahun dan selamanya terlalu panjang untuk dirangkumkan dalam satu malam.

Dan setelah mencapai kata sepakat selepas melihat ‘demam’ serta ramai peminat yang tidak ‘move on’ berkongsi memori manis serta luahan setelah menyaksikan Memento Mori, versi 2.0 dijadual berlangsung berlangsung pada 8 November 2026 (Ahad), pukul 8.30 malam di Unifi Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Malah Memento Mori 2.0 bukan sekadar mengulangi persembahan terdahulu, sebaliknya menjadi kesinambungan kepada perjalanan dan riwayat muzik sebuah kumpulan yang telah melahirkan ratusan karya, merentasi pelbagai era dan generasi pendengar.

“35 tahun tidak cukup satu malam. Baik daripada rendisi lagu yang ada dalam album-album Exists ataupun mendengar keluhan serta memori baik yang diluahkan dalam pelbagai platform media sosial oleh peminat yang telah hadir menjadi saksi.

“Memento Mori 2.0 juga sebenarnya akan menjadi peluang buat peminat yang tidak dapat hadir ke edisi pertama 1 Ogos lalu.

“Dan tentu sahaja Memento Mori 2.0 bukan ulangan, tidak akan dilakukan seperti hanya untuk mencari keuntungan tetapi berdasarkan kepada riwayat 35 tahun Exists yang memang tidak cukup diceritakan hanya pada satu malam,” ujar Iman Tang selaku Pengasas Icon Entertainment.

Iman malah optimis Memento 2.0 mampu menarik peminat untuk kembali membeli atau terpanggil untuk membeli tiket sekaligus memenuhkan segenap ruang Unifi Arena pada edisi kali ini.

“Kami percaya orang membeli tiket bukan semata-mata kerana Exists sudah 35 tahun, tetapi kerana mereka mahu mendengar lagu yang mempunyai cerita dalam hidup mereka secara langsung. Memento Mori 2.0 memberi pengalaman yang berbeza daripada edisi pertama, dengan lebih banyak karya hits dipersembahkan.

Itu yang membuatkan kami yakin peminat yang sudah datang akan mahu kembali dan mereka yang terlepas tidak mahu mengulangi perkara yang sama,” ujar Iman Tang.

Buat Exists pula, kugiran yang lahir di Johor Bahru ketika semua anggota masih dibangku sekolah dan meniti alam remaja menyimpulkan Memento Mori 2.0 wajib dipersembahkan kerana satu alasan.

35 tahun terlalu panjang untuk diceritakan dalam satu malam. Memento Mori 2.0 hadir kerana masih banyak cerita Exists yang belum selesai,” ujar Along mewakili Exists.

Justeru, Memento Mori 2.0 menjadi ruang untuk mengingati, meraikan dan meneruskan legasi Exists. Dengan kekuatan vokal, muzik dan pengalaman lebih tiga dekad, Exists bakal kembali membawa pengalaman persembahan yang dekat dengan identiti mereka, sambil memberikan nafas baharu kepada perjalanan yang sudah bermula sejak 35 tahun lalu.

Percayalah, masih banyak lagu. Masih banyak cerita. Masih banyak kenangan serta perjalanan Exists yang ternyata masih belum selesai dan bakal diselesaikan pada pertemuan di Memento Mori 2.0 pada 8 November 2026 ini.

Lebih menarik, bukan hanya konsep dengan katalog lagu hits yang bakal mengisi Memento 2.0, sebaliknya tema yang ditetapkan oleh penganjur kepada semua peminat yang datang juga akan menjadikan malam konsert lebih bermakna.

Peminat yang hadir diminta berpenampilan penuh warna warni, neon dan color-block ala akhir 80-an & 90-an demi menggamit memori zaman kegemilangan Exists! Barulah energi 35 tahun Exists akan melangkah seiringan bersama.

Jadi, jangan sampai terlepas tarikh 8 November 2026 di Unifi Arena, Bukit Jalil untuk menunjukkan kesetiaaan anda kepada Exists. Tentu sahaja anda tidak pernah Memilih yang Salah dengan hadir ke edisi Memento 2.0 kerana ia bukan tentang konsert sahaja tetapi 35 tahun dan selamanya… Exists.

Tiket-tiket dengan harga dan kategori bermula RM228 (KAPAL TERBANG KERTAS), RM288
(MASIH TERSERLAH AYUMU), RM328 (DIRANTAI DIGELANGI RINDU), RM388
(RINDU SERINDU RINDUNYA), RM428 (JANGAN GENTAR), RM488, (JANJI PADAMU) RM5,000 (MENGINTAI DARI TIRAI KAMAR / SOFA COUPLE (LIGHT SNACK &
BEVERAGES) sedang menanti anda.

Pembelian boleh dilakukan dengan melayari ticket2U dan jualan akan bermula hari Selasa, 18 Ogos pada pukul 3 petang.

Jangan Gentar battle kali ini. Sebab seperti lagu Janji Padamu, Exists sudan Rindu, Serindu Rindunya untuk bertemu anda di Memento Mori 2.0.

INFORMASI ACARA
ACARA: EXISTS MEMENTO MORI 2.0
ARTIS: EXISTS
LOKASI: UNIFI ARENA, BUKIT JALIL
TARIKH: 8 NOVEMBER 2026
HARI: AHAD
WAKTU: 8.30 MALAM
PENGANJUR: ICON ENTERTAINMENT
KATEGORI DAN HARGA TIKET: 
RM228 (KAPAL TERBANG KERTAS), 
RM288 (MASIH TERSERLAH AYUMU),
RM328 (DIRANTAI DIGELANGI RINDU), 
RM388 (RINDU ERINDU RINDUNYA), 
RM428 (JANGAN GENTAR), 
RM488, (JANJI PADAMU) 
RM5,000 (MENGINTAI DARI TIRAI KAMAR / SOFA COUPLE (LIGHT SNACK & BEVERAGES)


PLATFORM PEMBELIAN: TICKET2U
MULA DIBUKA: SELASA, 18 OGOS , 3 PETANG

RAKAN MEDIA RASMI
RADIO RASMI: SINAR, ERA DAN THR GEGAR
MEDIA DIGITAL RASMI: GEMPAK

Post a Comment

0 Comments