LEGENDA MUZIK DATO’ KHADIJAH IBRAHIM KEMBALI DENGAN SINGLE BAHARU “IBU DOA” SELEPAS 26 TAHUN


KUALA LUMPUR, 5" Ogos 2026 - Selepas lebih dua dekad tidak menghasilkan karya rakaman baharu, legenda muzik tanah air Dato’ Khadijah Ibrahim akhimya kembali mewarnai industri muzik Malaysia menerusi pelancaran single terbaharu berjudul “Ibu Doa”, sebuah karya yang menyentuh jiwa dan mengangkat nilai kasih sayang seorang ibu yang tidak pernah berpenghujung. 

Kemunculan semula ini bukan sekadar menandakan kembalinya seorang penyanyi tersohor ke persada muzik, malah menjadi satu detik bersejarah yang dinantikan peminat selepas 26 tahun. la membuktikan bahawa karya berkualiti yang lahir daripada pengalaman, keikhlasan dan nilai kemanusiaan sentiasa relevan merentasi zaman. 


Sejak memulakan kerjaya seni pada era 1970-an, Dato’ Khadijah Ibrahim telah mencipta nama sebagai antara penyanyi wanita berpengaruh di Malaysia. Sepanjang lebih lima dekad berkarya, beliau telah menghasilkan 18 album yang menghimpunkan lebih 180 buah lagu, selain menerima pelbagai pengiktirafan termasuk Anugerah Platinum dan pelbagai anugerah berprestij lain. 

Lagu-lagu dendangannya seperti “Doa Buat Kekasih” dan “Kupendam Sebuah Duka” terus mendapat tempat di hati masyarakat sehingga kini. Malah, karya-karya beliau masih menjadi siulan di stesen radio, pilihan dalam pertandingan nyanyian, serta antara lagu paling popular di pusat karaoke, sekali gus membuktikan pengaruh dan legasi beliau yang kekal utuh merentasi generasi. 


Mesra disapa sebagai “Ibu” oleh peminat dan rakan industri, Dato’ Khadijah Ibrahim turut pernah bekerjasama dengan ramai komposer tersohor tanah air termasuk Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab, Allahyarham Dato’ S. Atan, Ismail Farez, Allahyarham Adnan Abu Hassan serta ramai lagi tokoh yang telah membentuk sejarah muzik Malaysia. 

Single “Ibu Doa” membawa mesej yang sangat dekat dengan kehidupan masyarakat, mengisahkan kasih seorang ibu yang tidak pernah mengenal batas, sentuhan kasih yang membesarkan anak-anak, pengorbanan yang tidak ternilai serta doa yang sentiasa mengiringi setiap langkah kehidupan mereka. Lagu ini menjadi simbol penghargaan kepada seluruh insan bergelar ibu yang menjadi sumber kekuatan dan inspirasi dalam setiap keluarga. 


Lagu ini diterbitkan oleh Jasmine Raj Production, dengan lirik dan melodi hasil ciptaan Baizura Tazri. Baizura berharap “Ibu Doa” mampu menjadi sebuah karya yang menyatukan hati pendengar daripada pelbagai lapisan masyarakat. 

“Setiap daripada kita lahir daripada kasih seorang ibu. Walau setinggi mana kita melangkah, doa ibu sentiasa menjadi pelindung dan kekuatan. Saya berharap lagu ini menjadi hadiah buat semua ibu serta mengingatkan kita agar sentiasa menghargai pengorbanan mereka selagi masih berpeluang.” Kata Baizura 


Penerbit Jasmine Raj Production pula menyifatkan penerbitan lagu ini sebagai satu penghormatan besar kerana berpeluang membawa kembali suara legenda yang telah mewarnai industri muzik negara selama lebih lima dekad. 

Diterajui Barisan Pemuzik dan Penerbit Berpengalaman 

Single Ibu Doa turut menampilkan sentuhan Pengarah Muzik, Syam Swardy Daud, yang bertanggungjawab menyusun dan membentuk keseluruhan landskap muzik lagu ini agar mampu menyampaikan emosi yang mendalam, penuh penghayatan dan menyentuh hati setiap pendengar. 

Bagi melengkapkan penghasilan karya ini, bu Doa turut dibantu oleh barisan pemuzik profesional yang terdiri daripada Ruslan Imam (Gubahan String), Daniel Saha (Drum), Kabung (Bass), Isyam Swardy Daud (Gitar), Johan John(Piano), serta vokal latar oleh Nana, Hajar dan Jupin. 


Gabungan kreativiti dan pengalaman mereka telah menghasilkan sebuah karya yang bukan sahaja indah dari sudut muzik, malah mampu mengangkat mesej kasih sayang, pengorbanan dan doa seorang ibu kepada tahap yang lebih bermakna. 

Dengan gabungan lirik yang menyentuh jiwa, susunan muzik yang malar segar dan vokal ikonik Dato’ Khadijah Ibrahim, “Ibu Doa” dijangka mampu mencipta fenomena baharu serta menyentuh hati pendengar daripada pelbagai generasi. 

Single “Ibu Doa” akan dilancarkan di semua platform penstriman digital bermula tarikh yang akan diberitahu kelak oleh pihak pengurusan 

Pelancaran “Ibu Doa” bukan sekadar menandakan kepulangan seorang legenda, tetapi menjadi simbol bahawa muzik yang lahir daripada keikhlasan akan sentiasa hidup di hati masyarakat. 

###

Mengenai Dato’ Khadijah Ibrahim
Dato’ Khadijah Ibrahim merupakan antara ikon muzik wanita paling disegani di Malaysia. Dengan pengalaman lebih lima dekad dalam industri hiburan, beliau telah menghasilkan 18 album dan lebih 180 lagu serta menerima pelbagai pengiktirafan termasuk Anugerah Platinum. Karya-karya beliau terus menjadi siulan ramai dan kekal relevan sehingga hari ini, menjadikan beliau antara figura seni yang mempunyai legasi besar dalam sejarah muzik tanah air. 

Post a Comment

0 Comments