PANGGUNG SARI ISTANA BUDAYA KEMBALI MEMBUKA TIRAI DENGAN RANTAIAN SENI PERSEMBAHAN PENTAS BERTARAF DUNIA SEMPENA TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026



KUALA LUMPUR, 10 OGOS 2026 – Istana Budaya kembali membuka tirainya dengan
Majlis Peluncuran Program Istana Budaya 2026 hari ini dan dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Shaharuddin bin Abu Sohot, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (KSU MOTAC) dengan jayanya di Lambang Sari, Istana Budaya.

Kebangkitan semula Panggung Sari Istana Budaya sebagai Panggung Nasional Malaysia ini menyemarakkan agenda Kerajaan MADANI bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) melalui pengisian rantaian seni persembahan pentas bertaraf dunia.


Setelah lebih dua (2) tahun ditutup sejak Januari 2024 hingga Mei 2026 bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembaikan dan naik taraf bumbung oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), Istana Budaya bukan sekadar menandakan kembalinya operasi sebuah bangunan ikonik negara melalui penyediaan ruang pentas Panggung Sari dan Lambang Sari, malah melambangkan kesiapsiagaan Istana Budaya sebagai sebuah institusi seni yang sentiasa berevolusi dalam memenuhi keperluan industri seni persembahan yang semakin dinamik.


Dalam lanskap industri kreatif yang berkembang pesat, keunggulan sesebuah
panggung tidak lagi hanya diukur melalui nilai seni bina dan sejarahnya, tetapi turut bergantung kepada keupayaan teknikal, kecekapan pengurusan produksi, tahap
keselamatan serta kemampuan menyediakan infrastruktur yang mampu menyokong karya berskala besar dan bertaraf antarabangsa.


Bagi tahun 2026, sebanyak lima (5) program terbitan Istana Budaya telah dijadualkan dan antaranya adalah seperti berikut:

1. Laman Santai Seni Budaya: 2 Dekad (4 Julai 2026)
2. Nuansa Urban Rohani 2026 (25 Ogos 2026)
3. Laman Santai Seni Budaya: Pesona Malaysia (28 & 29 Ogos 2026)
4. NSO bersama Aubrey Suwito "Pop & Simfoni" (2 & 3 Oktober 2026)
5. Teater Muzikal Pengembaraan Sang Kancil (13 - 15 November 2026)


Panggung Sari Istana Budaya juga bakal merancakkan lagi warna sambutan VM2026
dengan menampilkan rantaian persembahan hebat dari syarikat/ produksi luar yang seperti berikut:

1. Douglas Lim: Vital Stats (15 Ogos 2026)
2. Beyond Words: L. Shankar & Samuel J. Dass Live In Concert (22 Ogos 2026)
3. Teater Muzikal Mansur & Liu (10-13 & 16-20 September 2026)
4. Konsert Rindu Sumayyah Hijjaz 3 Dekad (16 & 17 Oktober 2026)
5. Teater Bangsawan Diraja Beting Beras Basah II: Hikayat Dewa Mahkota (30-31
Oktober & 1 November 2026)
6. Four Generations In One House (5-7 November 2026)
7. Festival Filem Malaysia Ke-35 (21 November 2026)
8. Magnum Opus M. Nasir Dekad Ke-5 (Disember 2026)
9. RUMI 819: Souls Across Civilizations A Malaysia-Iran Cultural Celebration
(11-13 Disember 2026)
10.Teater Legenda Puteri Santubong (18-20 Disember 2026)


Dua (2) program telah pun berjaya dilaksanakan pada Julai lalu, iaitu Laman Santai Seni Budaya: 2 Dekad pada 4 Julai 2026 yang bertempat di Laman Beringin Istana Budaya dan Konsert Malaysia-Thailand bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) bersama Permata Seni Muzik pada 11 hingga 12 Julai 2026 di Lambang Sari.

Penganjuran program-program ini mencerminkan komitmen MOTAC dan Istana
Budaya dalam menyediakan ruang persembahan bertaraf dunia di samping
memperluas akses masyarakat kepada kepelbagaian seni persembahan dan
memperkukuh hubungan kebudayaan serta kerjasama ke tahap antarabangsa.


Majlis ini juga turut menyaksikan pengenalan beberapa rakan strategik untuk tahun
2026 dalam merealisasikan agenda kecemerlangan seni dan budaya negara dan
antara rakan strategik yang terlibat ialah Malaysian Timber Council (MTC), Al Hijrah
Media Corporation (TV AlHijrah), IKIM FM, SURIA FM, KL Hop-On Hop-Off dan Xavier Naxa.

Kerjasama strategik ini selaras dengan hasrat MOTAC untuk memperkukuh jaringan
kerjasama antara agensi Kerajaan bersama sektor swasta, badan korporat dan komuniti, selain membuka lebih banyak peluang pembangunan industri melalui kolaborasi strategik. Jalinan ini juga memperlihatkan pendekatan Istana Budaya dalam memperluas ekosistem seni persembahan melalui penglibatan pelbagai pihak, sekali gus mewujudkan sinergi yang mampu memberi nilai tambah kepada industri kreatif dan kebudayaan negara.

KESELAMATAN DAN KELESTARIAN PANGGUNG NEGARA

Sebagai Panggung Negara, keselamatan menjadi faktor utama kepada kecanggihan
sistem mekanikal pentas dimana usaha menjadikan sistem ini kekal canggih dan
digunakan dengan selamat, Istana Budaya secara berterusan mendapat khidmat nasihat dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan sedang dalam proses untuk menperoleh sijil keselamatan serta pengiktirafan selamat melalui Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 sebelum ianya lengkap di sahkan selamat penggunaannya berteraskan Akta dalam masa akan datang.

Pada masa yang sama, Istana Budaya turut memberi penekanan terhadap agenda
kelestarian melalui penerapan sistem penjimatan tenaga (energy-saving system)
yang merangkumi pengurusan tenaga cekap, sistem pencahayaan efisien serta kawalan operasi pintar. Pendekatan ini bukan sahaja membantu mengurangkan penggunaan tenaga dan jejak karbon, malah menyokong usaha menjadikan operasi panggung lebih mampan serta bertanggungjawab terhadap alam sekitar.


Pembukaan semula ini bukan sekadar menandakan kembalinya operasi sebuah
bangunan ikonik, tetapi melambangkan kesiapsiagaan sebuah institusi yang sentiasa berevolusi bagi memenuhi keperluan industri seni persembahan yang semakin dinamik. Dalam landskap industri kreatif yang berkembang pesat, Istana Budaya bukan hanya diukur melalui keindahan seni binanya, tetapi juga melalui keupayaan teknikal, kecekapan pengurusan produksi serta kemampuan menyokong karya-karya bernilai tinggi malah bertaraf antarabangsa dan cemerlang.

Atas dasar itulah, Istana Budaya terus melaksanakan pelbagai inisiatif transformasi
bagi memastikan fasiliti ini kekal relevan, berdaya saing dan sentiasa berada di barisan hadapan dalam memenuhi piawaian industri seni persembahan global. Transformasi yang dilaksanakan bukan sekadar memperbaharui prasarana fizikal, malah memperkukuh ekosistem teknologi pentas agar lebih responsif terhadap keperluan produksi moden serta perkembangan inovasi dalam dunia seni kreatif dan seni persembahan.

Gabungan kecanggihan teknologi, piawaian keselamatan, kecekapan pengurusan produksi dan komitmen terhadap kelestarian menjadikan Istana Budaya lebih daripada sekadar sebuah panggung persembahan tetapi kesan pengalaman hebat setelah selesai menonton sesuatu persembahan.


"TIMBER FLOW: THE FOLDED CREST” KINI DI ISTANA BUDAYA

Istana Budaya kini menjadi lokasi bertuah seni bina kayu “Timber Flow: The Folded Crest”, karya pemenang Gold Winner – Curated Booth Award sempena ARCHIDEX
2025 yang diserahkan oleh Malaysian Timber Council (MTC) untuk dipamerkan kepada orang ramai. Berkeluasan kira-kira 60 meter persegi dan bernilai pembinaan sekitar RM135,000, instalasi ini diinspirasikan daripada tanjak tradisional Melayu serta mengetengahkan identiti dan warisan Malaysia melalui pendekatan seni bina kayu kontemporari.

Menggunakan kayu tempatan seperti Kembang Semangkok dan Chengal, struktur ini menggabungkan teknik lenturan wap dan sistem pasak kayu tanpa paku, sekali gus menyerlahkan inovasi, ketukangan serta potensi kayu sebagai bahan binaan yang mampan.

Penempatan karya ini di Istana Budaya turut memperkukuh hubungan antara seni, budaya, warisan dan industri perkayuan, selain meneruskan kerjasama bersejarah antara MTC dan Istana Budaya yang telah terjalin sejak tahun 1999 menerusi sumbangan RM1.52 juta serta kepakaran teknikal MTC dalam kerja-kerja kemasan dalaman berasaskan kayu bangunan Istana Budaya.

Untuk maklumat lebih lanjut, orang awam boleh melayari portal dan platform media
sosial Istana Budaya atau menghubungi Unit Perhubungan Awam, Istana Budaya di
talian 03-4026 5555 / e-mel ke info@istanabudaya.gov.my .

Facebook: istanabudaya
Instagram: @istanabudaya
#IstanaBudaya #SeniPersembahanPentasBertarafDunia #PeluncuranProgramIstanaBudaya2026 #MalaysiaMADANI #Taatsetia

Shot By: @samsungmalaysia GalaxyS24FE FanEdition 30XZoom GalaxyAI Flagship SamsungMalaysia

Post a Comment

0 Comments