VIU Membawakan Kisah Romantis Gelap & Thriller Psikologi Menerusi Viu Original Terbaharu Cela


KUALA LUMPUR, 19 Ogos 2026 – Viu, platform penstriman video terkemuka PCCW,
hari ini mengumumkan tayangan perdana Viu Original Malaysia terbaharunya, Cela
(Broken), sebuah siri suspen psikologi dan cinta gelap (dark romance) mendalam yang
meneroka obsesi, rahsia, serta kemaafan.

Siri 12 episod ini menampilkan dua bakat tersohor Malaysia, pelakon pemenang
anugerah Nabila Huda dan pelakon kegemaran ramai Hun Haqeem, yang buat julung kalinya digandingkan bersama di layar. Siri ini akan mula distrim secara eksklusif di Viu fbermula 20 Ogos 2026, dengan episod baharu disiarkan setiap hari Khamis dan
Jumaat.



Diarahkan oleh pengarah berpengalaman Feroz Kader dan diterbitkan oleh Global Film
Station Sdn. Bhd., Viu Original Cela menggabungkan drama kekeluargaan berlapis dengan ketegangan psikologi yang mendebarkan. Kisah ini menyelami lingkaran gelap kesedihan, kebenaran yang disembunyikan dan kesan emosi yang mendalam, sekali gus membawa kelainan kepada penceritaan tempatan menerusi plot twist yang suka dijangka. Menambahkan lagi kekuatan emosi siri ini ialah lagu tema rasmi, Sejambak Bunga, yang dipersembahkan oleh penyanyi pemenang anugerah, Ernie Zakri.


"Menerusi Cela, kami ingin meneroka sempadan baharu kandungan penstriman
tempatan dengan mengetengahkan sebuah naratif berani yang menyelami kompleksiti
psikologi di sebalik kesedihan dan dendam. Projek ini juga menjadi satu pencapaian
yang cukup mengujakan apabila ia menandakan kali pertama Feroz Kader
mengarahkan sebuah karya bergenre dark romance, di samping menjadi pengalaman
genre baharu buat Nabila Huda, Hun Haqeem dan Zarif Ghazzi. Kami teruja untuk
mempersembahkan sebuah siri yang memberikan pengalaman segar dan
mendebarkan kepada semua yang terlibat, dari awal hingga akhir,” kata Imillya Irwani
Roslan, Ketua Bahagian Produksi, Viu Malaysia.



Mengenai Siri Ini:

Selepas kematian bapanya menyebabkan keluarganya berantakan, Kaer, seorang
pelajar sekolah menengah, bersama ibunya yang masih berduka, dibawa tinggal
bersama Datuk Arshad yang kaya dan isterinya yang mempesonakan, Datuk Anees.
Dalam mencari ketenangan di tengah-tengah tragedi yang menimpa keluarganya, Kaer
mula terikat secara emosi dengan Anees. 


Namun, keadaan berubah menjadi gelap apabila Kaer menemui satu kebenaran yang
menyakitkan, bahawa Anees mempunyai kaitan secara langsung dengan tragedi yang
telah memusnahkan keluarganya. Terperangkap antara motif tersembunyi dan dendam, Kaer terpaksa berdepan dengan pengkhianatan serta harga yang perlu dibayar atas setiap pilihan yang dibuatnya.


Barisan Pelakon Hebat, Gabungan Wajah Kegemaran Viu

Cela menampilkan barisan pelakon hebat yang menghimpunkan wajah-wajah popular
dan bintang yang semakin menyerlah. Nabila Huda menerajui siri ini, dengan
pengalaman lakonannya termasuk Alter-Naratif, bersama Hun Haqeem yang dikenali
menerusi Nenek Bongkok Tiga, W: Two Worlds Malaysia dan From Saga With Love.

Turut membintangi siri ini ialah Zarif Ghazzi yang baru-baru ini muncul menerusi Satu,
Dua.. Dia? dan Abang Imam Minah Skuter, selain Ellyza Azizi (The Secret), Datuk Seri
Eizlan Yusof (Saat Aku Tahu), Lisdawati (Mitos Cinta Akira) dan Zain Saidin.



Ikuti kami di Facebook, Instagram, YouTube, X, dan TikTok. TikTok. Muat turun aplikasi
Viu melalui App Store, Google Play, Huawei AppGallery serta TV pintar terpilih, atau
layari www.viu.com.

###
MENGENAI VIU
Viu, perkhidmatan penstriman video over-the-top (OTT) pan-serantau terkemuka,
tersedia di pasaran merentasi Asia, Timur Tengah, dan Afrika Selatan.

Viu beroperasi menggunakan model dwi-peringkat, iaitu perkhidmatan percuma yang
disokong iklan serta pelan langganan premium. Di samping produksi tempatan di
bawah jenama Viu Original, platform ini turut menampilkan kandungan daripada
penyedia kandungan utama dalam bahasa tempatan dan serantau berserta sari kata.
Viu Scream Dates, tawaran pertemuan peminat pelbagai pasaran, memperluaskan
pengalaman Viu melangkaui skrin dengan membawa bintang lebih dekat kepada
peminat melalui acara langsung.

Syarikat induk Viu, Viu International Limited, juga mengendalikan MOOV, perkhidmatan
penstriman muzik digital dan konsert langsung yang popular di Hong Kong.

Viu merupakan sebahagian daripada PCCW Media, sebuah syarikat global beribu
pejabat di Hong Kong dengan kepentingan dalam telekomunikasi, media, penyelesaian
IT, pembangunan hartanah dan pelaburan. PCCW juga mengendalikan ViuTV,
perkhidmatan televisyen percuma di Hong Kong menerusi HK Television Entertainment
Company Limited.

Post a Comment

0 Comments