KUALA LUMPUR, 25 September 2026 – Holista CollTech Limited (Holista) malam ini meraikan ulang tahun ke-25 jenama minyak ikan terkemukanya, PRISTIN, menerusi majlis sambutan gilang-gemang bertemakan “Purity, Innovation, and Protecting Our Next Generation”. Majlis tersebut turut menyaksikan beberapa pengumuman penting termasuk pelancaran produk kesihatan inovatif baharu serta penglibatan syarikat dalam kempen kesihatan kanak-kanak peringkat kebangsaan.
Pengarah Holista Biotech, Dato’ Dr. Rajen Manicka, dalam ucapan utamanya menekankan perjalanan PRISTIN yang berteraskan prinsip ketulenan tanpa kompromi sejak ditubuhkan pada tahun 2001. PRISTIN diasaskan bagi menangani isu pencemaran toksin dalam suplemen minyak ikan global menerusi kerjsama strategik bersama pengeluar Omega-3 terkemuka dari Norway, EPAX.
Antara sorotan utama majlis sambutan tersebut termasuk:
Pencapaian Ulang Tahun Ke-25 PRISTIN: Komitmen berterusan terhadap ketulenan tahap tertinggi menerusi ujian kualiti ketat. PRISTIN kini menguji ketulenan minyak ikannya sehingga ke peringkat parts per sub-trillion, memastikannya bebas daripada pencemaran toksin dan isotop radioaktif. Rekod kecemerlangan ini sekali gus mengukuhkan kedudukan PRISTIN sebagai pemimpin pasaran Omega-3 terpekat di Malaysia berdasarkan audit bebas NielsenIQ.
Pelancaran Gumi Omega-3 Bebas Gula Pertama di Malaysia: Hasil kerjasama eksklusif bersama rangkaian farmasi Watsons Malaysia, Holista memperkenalkan gumi Omega-3 berasaskan teknologi EPAX yang menyediakan dos tinggi EPA dan DHA tanpa sebarang kandungan gula. Kerjasama ini bertujuan memberikan pilihan kesihatan terbaik dan lazat kepada rakyat Malaysia tanpa perlu mengorbankan kesihatan gigi atau diet.
Pengenalan Minuman Koko Malt Bebas Gula: Memperluaskan legasi inovasi kesihatan Holista, syarikat turut memperkenalkan minuman koko malt bebas gula mengikut piawaian US FDA (kurang daripada 0.5 gram gula setiap hidangan) yang selamat untuk gigi anak-anak.
Pelancaran Kempen Bebas Skrin Kebangsaan (National Screen-Free Campaign): Menyedari cabaran kesihatan generasi muda akibat penggunaan gajet berlebihan, Holista mengumumkan penglibatannya sebagai rakan pengasas Kempen Bebas Skrin Kebangsaan bersama Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan Persatuan Kesihatan Integratif Malaysia (MIHA). Kempen ini menggalakkan ibu bapa melindungi masa bebas skrin anak-anak, menggalakkan aktiviti di luar rumah, serta mengurangkan pendedahan cahaya biru (blue light) terutamanya pada waktu malam bagi memelihara penglihatan dan kualiti tidur kanak-kanak.
"Selama 25 tahun, perjuangan kami adalah memastikan bahan yang terbaik dan paling tulen masuk ke dalam tubuh badan anak-anak kita. Malam ini, kami melangkah lebih jauh untuk sama-sama memperjuangkan apa yang mengisi masa seharian mereka," ujar Dato' Dr. Rajen Manicka.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Sri Dr. Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah (Penasihat & Rakan Kempen Bebas Skrin Kebangsaan), Dr. Sivanaesan A/L Letchumanan (Presiden MMA), Prof. Dr. Selvam (Presiden MIHA), wakil pengurusan tertinggi Watsons Malaysia, rakan-rakan industri, serta ahli media.
###
Mengenai Holista CollTech Limited
Holista CollTech Limited ialah syarikat penyelidikan sains hayat berasaskan Australia yang beroperasi di peringkat global dalam membekalkan penyelesaian kesihatan, pemakanan, dan bahan semula jadi berkualiti tinggi dan berbukti saintifik.
Holista Biotech Sdn Bhd
Emel: media@holistaco.com
Laman Web: www.holistaco.com / www.pristin.com
0 Comments