KERJASAMA PENERBIT MALAYSIA–HONG KONG SATUKAN BINTANG TERKENAL DALAM FILEM TAHUN BARU CINA 2027, ‘GOLDEN BLESSINGS’


Idea Asal Oleh Penulis Skrip Francais Box Office IP MAN, Edmond Wong

Kuala Lumpur, 8 September 2026 – Penerbit Malaysia dan Hong Kong bekerjasama dalam menghasilkan filem komedi Tahun Baharu Cina, ‘GOLDEN BLESSINGS’, yang bakal ditayangkan pada tahun 2027. 


Filem ini membawakan sebuah pengembaraan sinematik yang sarat dengan gelak tawa, kehangatan dan kejutan. Filem ini diarahkan oleh pengarah dari Hong Kong, Mak Ho Pong, manakala skrip oleh penulis skrin dan pencipta cerita asal di sebalik francais terkenal IP MAN, Edmond Wong. Edmond turut menghasilkan skrip bersama Cheung Chun Ho.


Menggabungkan elemen percintaan, kekeluargaan, komedi dan pengembaraan memburu harta karun, ‘GOLDEN BLESSINGS’ mengisahkan empat individu yang dari kehidupan yang berbeza, kemudiaan bertemu selepas mendapat sebuah peta misteri harta karun. Pemburuan harta karun tersebut menjadi huru hara dan mencuit hati di seluruh hotel kerana dipenuhi salah faham. Pelbagai kejutan yang menanti mereka.


Menampilkan gabungan bintang dari dua industri hiburan terkemuka Asia, filem ini dibarisi pelakon terkenal dari Hong Kong termasuk Owen Cheung, Benjamin Yuen, Ruco Chan, Mandy Wong, Kent Cheng, Emily Kwan, Ha Yu, Shirley Chan dan Stefan Wong. Kehadiran pelakon Malaysia, Andy Teh dan Miko Wong, pula menambahkan lagi seri kepada barisan pelakon bertaraf antarabangsa ini.


Menambahkan lagi kemeriahan ialah pelbagai watak berwarna-warni yang dihidupkan oleh para pelakon. Ruco Chan memegang watak ketua dunia bawah tanah yang berpengaruh, manakala Benjamin Yuen membawakan watak pengurus hotel dan Owen Cheung sebagai seorang bakat muda yang berpotensi besar. Mandy Wong pula memainkan watak penyelia, sementara Shirley Chan membawa watak seorang pempengaruh terkenal. 


Pelakon Malaysia Andy Teh memegang watak pelagak ngeri seni mempertahankan diri, manakala Miko Wong membawakan watak seorang pewaris wanita kaya. Pada masa yang sama, Kent Cheng dan Emily Kwan memainkan pasangan suami isteri kaya, manakala Ha Yu membawakan watak seorang warga emas yang hidup bersendirian. Setiap watak membawa kisah dan konflik peribadi masing-masing yang akhirnya bertemu di hotel tersebut.


Dengan gaya komedi ringan yang menghiburkan, ‘GOLDEN BLESSINGS’ menggabungkan elemen pengembaraan memburu harta karun, percintaan dan kekeluargaan dalam sebuah kisah yang penuh warna. Dimeriahkan dengan suasana Tahun Baharu Cina serta barisan pelakon hebat, filem ini menjanjikan pengalaman yang sarat dengan detik mencuit hati untuk dinikmati oleh penonton seisi keluarga. 


GOLDEN BLESSINGS’ diterbitkan oleh Enotech Films dan Mandarin Pictures Production, dengan kerjasama Astro Shaw, Sil-Metropole Organisation, Shanghai Pictures dan BaoZhijie Group. Sementara itu, GSC Movies bertindak sebagai pengedar filem.

Filem ini direalisasikan dengan sokon an rakan strategik Lexis Hibiscus Port Dickson dan BYD | DENZA, serta disokong oleh Cocofans bersama Giacomo Marketing, Iconz Design Consultancy, Blood Malaysia, M-Plan dan Oz MediSpa | OZHEAN Clinic.

Gunakan tanda pagar #GoldenBlessings di media sosial dan ikuti perkembangan terkini filem ini menerusi platform digital rasmi di @goldenblessingmovie.

Nantikan kehadiran filem ini di pawagam pada 4 Februari 2027 bersempena sambutan Tahun Baharu Cina 2027.

Post a Comment

0 Comments