Konsert BIRU MATA HITAMKU : Mus, JoBranko, Eddie, & Black. Berjaya Mengumpulkan Sekitar 5,000 Peminat!


KUALA LUMPUR, 5 September 2026 - Konsert Biru Mata Hitamku – 30 Tahun Anniversary yang berlangsung pada 5 September 2026 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur, menyaksikan gabungan semula empat figura penting era tersebut iaitu Mus, JoBranko, Eddie, dan Black. Konsert ini berjaya mengumpulkan sekitar 5,000 peminat rock tanah air dalam suasana yang padat dengan elemen nostalgia dan emosi.


Kualiti Muzik dan Susunan Asal:
JoBranko memilih untuk mengekalkan susunan muzik asal bagi kesemua lagu dalam album Biru Mata Hitamku tanpa modifikasi keterlaluan. Pendekatan ini mendapat pujian peminat kerana berjaya menghidupkan semula vibe dan sound asli era 90-an yang diingati ramai.


Persembahan Vokal & Tenaga Band:
Meskipun Mus menyampaikan lagu-lagu berbekalkan kawalan vokal mengikut faktor usia, persembahannya tetap bertenaga dan mendapat sorakan padu penonton. Gandingan riff gitar JoBranko bersama kawalan bass Eddie serta ketukan dram Black memberikan impak persembahan yang mantap dan nostalgia. 


Segmen 'Tribute' Penggubah Lagu:
Konsert turut diselang-seli dengan segmen penghormatan khas buat insan di sebalik tabir album ini, iaitu Allahyarham JS Kevin dan Allahyarham Bob Lokman. Lagu-lagu seperti Makam Kekasih, Satu Titik Yang Kosong, dan Krisis Dipertengahan Hidup dibawakan khas bagi mengenang jasa kedua-dua figura berkenaan.


Detik Sayu: Derma Kilat untuk Muss:
Salah satu momen paling menyentuh perasaan pada malam tersebut adalah pengumuman derma kilat bagi membantu Mus. Isterinya, Suraya Bahari, berada dalam keadaan kritikal di ICU sejak beberapa bulan lalu. Pihak penganjur memaparkan kod QR di skrin besar pentas bagi membolehkan para penonton menyumbang secara terus untuk meringankan beban kos perubatan beliau. 


Momen 'Sing-Along' Lagu Kemenangan:
Persembahan kemuncak seperti lagu Biru Mata Hitamku dan persembahan instrumental lagu Sejati menjadi ruang untuk seluruh dewan menyanyi bersama (sing-along), mewujudkan suasana gempak dan menghimpunkan kenangan tiga dekad peminat muzik rock tempatan.  

Senarai lagu Biru Mata Hitamku
- OVERTURE -
1. PENUNGGU
2. ENIGMA
3. BBK ULAR
4. BK Matahari
5. HATI SULAM LAIN
6. SATU TITIK YG KOSONG
7. IDAMAN
8. 203 
9. BLUES ULAR SAWA (hidup mati,damai perang)
10. WATARI + gtr solo
11. Lupakanlah
12. SEJATI - instrumental
13. MAKAM KEKASIH
14. JULANG TIMUR TENGAH
15. GEGAR GUNUNG GEMURAH
16. NASIB KITA
17. BMHK
18. KRISIS DIPERTENGAHAN HIDUP
19. KERIS TAK BERSARUNG

Post a Comment

0 Comments