KUALA LUMPUR, 24 September 2026 - Neatness Group Sdn Bhd, pemilik jenama minuman tempatan Kuala Cola, hari ini memperkukuhkan aspirasi pengantarabangsaan jenamanya menerusi Business Presentation Kuala Cola — Indonesia & United Arab Emirates yang berlangsung di MATIC Ampang.
Program yang membawa tema “From Kuala Lumpur to Global Market” itu menjadi platform untuk memperkenalkan Kuala Cola kepada bakal rakan niaga, pengedar dan pemain industri dari Indonesia serta Emiriah Arab Bersatu.
Kuala Cola tampil dengan tiga (3) pilihan utama iaitu Original Cola, Mix Cola (With Himalaysa Salt) dan Zero Sugar Cola, yang membawa identiti jenama melalui tagline:
“3 Rasa Berbeza, Pilihan Malaysia.”
Menurut Neatness Group, Dato Hjh Suzana berkata - perkembangan Kuala Cola ke pasaran luar negara merupakan sebahagian daripada visi jangka panjang untuk membangunkan jenama Malaysia yang mempunyai daya saing di peringkat antarabangsa.
“Kuala Cola bukan sekadar sebuah minuman. la membawa cerita, identiti dan keyakinan bahawa produk Malaysia mampu bergerak dari pasaran tempatan ke pentas global.”
Fokus pertemuan turut merangkumi peluang kerjasama dalam aspek pengedaran, eksport, retail, hospitality, food service serta strategic partnership indonesia dilihat sebagai pasaran yang mempunyai hubungan rapat dengan Malaysia dari segi budaya dan perdagangan, manakala UAE pula mempunyai kedudukan strategik sebagai salah satu pusat perdagangan dan perniagaan antarabangsa.
Business Presentation tersebut turut merangkumi Kuala Cola Video Presentation, Business & Market Presentation, sesi perbincangan kumpulan serta Hi-Tea & Networking, seperti yang ditetapkan dalam agenda program.
Neatness Group berharap pertemuan tersebut dapat membuka ruang kepada pembentukan rangkaian rakan strategik dan peluang pasaran baharu untuk Kuala Cola. “From Kuala Lumpur to Global Market — Kuala Cola membawa rasa Malaysia ke dunia.”
###
Tentang Neatness Group Sdn Bhd
Neatness Group Sdn Bhd ialah syarikat berpangkalan di Malaysia yang terkenal sebagai pengimport dan pengedar produk Minyak dan Sabun Zaiton, serta pengeluar minuman berkabonat - Kuala Cola berkualiti tinggi, serta komited dalam memperkenalkan inovasi baharu kepada pasaran tempatan.
0 Comments