Dianjurkan oleh Naan Corner Restaurant 1983, acara berkonsepkan santai dan kekeluargaan ini menggabungkan elemen muzik, makanan, silaturahim dan semangat patriotik dalam satu majlis istimewa sempena Hari Malaysia.
Dato’ Khadijah Ibrahim dijangka membawa para tetamu menyusuri nostalgia menerusi persembahan lagu-lagu popular beliau, selain menjadikan sambutan kali ini lebih bermakna dengan sentuhan seni dan muzik daripada salah seorang figura penting industri hiburan tanah air.
Turut membuat persembahan ialah Hairee Kool dan Fredo Flybaits sebagai artis jemputan, manakala acara akan dikendalikan oleh pelakon dan pengacara Norish Karman selaku pengacara majlis.
Acara bermula seawal 12.00 tengah hari hingga 4.00 petang, dengan persembahan utama dijadualkan pada 2.30 petang.
Selain hiburan, para tetamu berpeluang menikmati sajian hi tea sambil meluangkan masa bersama keluarga, sahabat dan kenalan dalam suasana yang santai dan penuh kemesraan.
Orang ramai khususnya peminat Dato’ Khadijah Ibrahim, penggemar muzik nostalgia serta keluarga yang ingin meraikan Hari Malaysia dalam suasana berbeza dialu-alukan untuk hadir.
“HI TEA Hari Malaysia” menjanjikan sebuah petang yang penuh dengan lagu, irama, juadah dan silaturahim, sekali gus menjadi ruang untuk masyarakat meraikan semangat Malaysia bersama-sama
"Kami mahu mewujudkan satu platform yang berterusan untuk artis-artis tempatan membuat persembahan. Apa yang penting, kami akan sentiasa memantau dari segi kualiti persembahan, jualan, serta promosi bagi memastikan setiap persembahan yang dibawakan adalah yang terbaik buat peminat dan keluarga yang hadir," ujar penganjur semasa sesi suai kenal bersama media.
Pihak penganjur turut menyeru agar peminat segera mendaftar dan membuat tempahan tempat duduk awal bagi mengelakkan kekecewaan.
Penganjuran ini turut membawa mesej bahawa sambutan Hari Malaysia bukan hanya tentang sejarah dan patriotisme, tetapi juga mengenai perpaduan, kebersamaan dan hubungan sesama masyarakat.
Harga Tiket
Harga kemasukan ditawarkan pada kadar:
Dewasa – RM39.90
Kanak-kanak 6–12 tahun & warga emas – RM29.90
Tempat adalah terhad dan tempahan adalah berdasarkan bayaran penuh.
📞 Tempahan: +6012-262 2020
###
Mengenai Naan Corner Restoran 1983:
Naan Corner Restoran 1983 merupakan penyedia perkhidmatan makanan dan minuman terkemuka yang menyajikan hidangan autentik tempatan serta antarabangsa berasaskan warisan rasa sejak tahun 1983.
0 Comments