Kuala Lumpur, 3 September 2026 – Sempena Bulan Jantung Sedunia dan selaras dengan tema Persekutuan Jantung Sedunia (World Heart Federation) bagi tahun 2026, “Don’t Miss A Beat”, Nestlé® Omega Plus memperkukuh usaha pendidikan, saringan dan pencegahan kesihatan jantung dalam kalangan golongan muda Malaysia bersama rakan kerjasama jangka panjangnya, Yayasan Jantung Malaysia (YJM) dan Yayasan Institut Jantung Negara (IJNF). Tahun ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) turut mengambil bahagian dalam aktiviti Bulan Jantung Sedunia, dengan golongan dewasa muda dalam komuniti PTPTN turut menjadi antara penerima manfaat daripada 10,000 saringan kesihatan dan pendidikan kesihatan jantung oleh Nestlé® Omega Plus.
Menyedari bahawa tabiat kesihatan sepanjang hayat lazimnya mula terbentuk ketika usia muda, Nestlé® Omega Plus berhasrat untuk mendekatkan kesedaran dan saringan kesihatan jantung kepada lebih ramai golongan muda di seluruh Malaysia. Menerusi 10,000 saringan kesihatan dan pendidikan kesihatan jantung ini, Nestlé® Omega Plus berharap dapat menggalakkan lebih ramai golongan muda untuk memahami bacaan kesihatan masing-masing, mengenal pasti potensi risiko kesihatan serta membentuk tabiat yang lebih sihat sejak usia muda.
Mengapa Inisiatif ini Penting
Inisiatif ini diperkenalkan bagi menangani kebimbangan yang semakin meningkat mengenai kesihatan kardiovaskular dalam kalangan golongan muda di Malaysia. Walaupun penyakit jantung sering dikaitkan dengan golongan berusia, faktor risiko kardiovaskular boleh muncul lebih awal dan kerap berlaku tanpa disedari.
Felo Klinikal Kardiologi Institut Jantung Negara, Dr Fa'iz Mashood berkata, “Dapatan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 menunjukkan terdapat jurang kesedaran yang membimbangkan dalam kalangan golongan muda Malaysia, dengan anggaran 95% kes kolesterol tinggi, 80% kes hipertensi dan 84% kes diabetes masih belum didiagnosis. Tinjauan itu turut mendapati bahawa dua daripada lima orang dewasa di Malaysia tidak menjalani saringan kesihatan pada tahun lalu, lazimnya kerana mereka tidak mengalami sebarang gejala.”Walaupun saringan kesihatan merupakan langkah awal yang penting, usaha pencegahan juga bergantung pada pilihan yang dibuat setiap hari, daripada kekal aktif dan mengamalkan pemakanan seimbang hingga membentuk tabiat sihat secara konsisten yang menyokong kesejahteraan jangka panjang.
Perunding Kanan Dietetik Institut Jantung Negara, Foong Pui Hing berkata, “Pemakanan sihat merupakan asas kepada kesihatan jantung untuk jangka panjang. Pilihan makanan harian yang memberi tumpuan kepada diet seimbang dan kaya dengan nutrien dapat membantu menyokong kesihatan jantung apabila diamalkan secara konsisten. Ini termasuk corak pemakanan yang merangkumi sayur-sayuran dan buah-buahan segar, bijirin penuh, ikan dan minyak tidak tepu, di samping mengehadkan pengambilan makanan yang diproses secara berlebihan.”
Usaha menangani kesihatan kardiovaskular tidak hanya melibatkan individu. Ia memerlukan sokongan dan inisiatif berterusan daripada pelbagai pihak bagi memastikan pendidikan, saringan kesihatan dan langkah pencegahan dapat diakses oleh lebih ramai anggota masyarakat.
Inisiatif ini dijayakan selaras dengan komitmen berterusan Nestlé® Omega Plus terhadap kesihatan jantung di Malaysia, yang telah berkembang daripada usaha meningkatkan kesedaran kepada usaha menggalakkan saringan kesihatan dan langkah pencegahan. Menerusi kempen Nestlé® Omega Plus Walk A Million Miles setiap tahun serta kerjasama berterusan dengan YJM dan IJNF, program ini telah menyokong 98,593 saringan kesihatan pada tahun 2025. Nestlé® Omega Plus turut menyasarkan untuk menggandakan jumlah saringan tersebut menjelang tahun 2027.
Sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan ini, Nestlé® Omega Plus akan terus memberikan sumbangan tahunan sebanyak RM100,000 kepada YJM dan RM100,000 kepada IJNF bagi menyokong usaha memperluaskan program kesedaran, pendidikan dan saringan kesihatan jantung.
Pengerusi Yayasan Jantung Malaysia, Dato' Dr Aljafri Abdul Majid berkata, “Nestlé® Omega Plus merupakan rakan kerjasama penting dalam usaha meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan jantung di Malaysia. Sumbangan berterusan yang diberikan membolehkan kami memperluaskan program kemasyarakatan yang membantu rakyat Malaysia memahami risiko kardiovaskular dengan lebih baik dan mengamalkan gaya hidup lebih sihat.”
Pengerusi Yayasan Institut Jantung Negara, Toh Puan Hajjah Aishah Ong berkata, “Kerjasama berterusan amat penting bagi menghasilkan impak yang bermakna terhadap kesihatan masyarakat. Komitmen berterusan Nestlé® Omega Plus membantu kami memperluaskan lagi capaian program pendidikan dan saringan kesihatan, di samping menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia mengambil langkah proaktif untukmenjaga kesihatan jantung mereka.”Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia, Juan Aranols berkata, “Usaha menggalakkan gaya hidup yang lebih sihat tidak hanya tertumpu pada peningkatan kesedaran. Dengan kerjasama YJM dan IJNF, kami dapat membantu lebih ramai golongan muda Malaysia mendapat akses kepada pendidikan, saringan kesihatan dan sokongan pencegahan berkaitan dengan kesihatan jantung. Seiring dengan usaha kami memperluaskan kempen Nestlé® Omega Plus Walk A Million Miles, kami juga komited untuk menyediakan penyelesaian praktikal yang memudahkan orang ramai membuat pilihan yang lebih sihat dalam kehidupan seharian.”
Bagi mengukuhkan lagi komitmen ini, Nestlé® Omega Plus turut memperluaskan rangkaian produk yang menyokong kesihatan jantung menerusi pengenalan Nestlé® Omega Gold UHT, pilihan yang praktikal dan mudah dinikmati, khususnya untuk golongan dewasa yang berkerjaya dan sentiasa sibuk. Nestlé® Omega Gold UHT menawarkan tiga manfaat pemakanan: 1.2g sterol tumbuhan ActiCol® yang membantu menurunkan kolesterol, kalium yang menyokong tekanan darah normal, serta inulin yang membantu mengawal glukosa darah, apabila diambil seperti yang disarankan sebagai sebahagian daripada diet seimbang dan gaya hidup yang sihat.
Majlis pelancaran media Nestlé® Omega Plus Walk A Million Miles 2026 yang diadakan di MyTOWN Kuala Lumpur, turut merangkumi forum penjagaan kesihatan bertemakan “Don’t Miss A Beat”, saringan kesihatan, pendidikan kesihatan jantung serta platform ikrar untuk rakyat Malaysia. PTPTN turut hadir dengan reruai khas pada acara tersebut, menyediakan satu lagi ruang untuk mendekati dan berinteraksi dengan golongan muda Malaysia.
Bagi meneruskan kejayaan yang dicapai pada tahun 2025, cabaran maya Nestlé® Omega Plus Walk A Million Miles akan berlangsung dari 1 September hingga 31 Oktober 2026, manakala acara berjalan kaki secara fizikal akan diadakan pada 19 September 2026 di Putrajaya.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen Nestlé Omega Plus® Walk A Million Miles 2025, sila layari https://www.nestlehomeofgood.com.my atau ikuti Facebook Nestlé Omega Plus® di https://www.facebook.com/NestleOmegaPlus
###
Mengenai Nestlé® Omega Plus
Nestlé® Omega Plus merupakan satu-satunya susu yang diperkaya dengan ActiCol®, iaitu 1.2g sterol tumbuhan yang terbukti berkesan membantu mengurangkan kolesterol dengan menghalang penyerapan kolesterol ke dalam aliran darah. Susu rendah lemak ini juga tinggi kalsium untuk menguatkan tulang, serta mengandungi asid lemak penting Omega 3 & 6. 2 gelas sehari, bersama gaya hidup sihat telah terbukti secara saintifik dapat menurunkan paras kolesterol. Nestlé® Omega Plus boleh didapati dalam pelbagai untuk disesuaikan dengan keperluan anda. Pilihlah dari rangkaian serbuk dan minuman UHT sedia diminum.Mengenai Nestlé Malaysia: Lebih 100 Tahun di Sisi Rakyat Malaysia
Sejak 1912, Nestlé sentiasa berada di sisi rakyat Malaysia dan membina kepercayaan mereka dengan menawarkan pelbagai jenama dan produk berkualiti tinggi. Kami menyumbang kepada keselamatan makanan, kesihatan dan kesejahteraan rakyat melalui jenama-jenama yang dipercayai dan komitmen jangka panjang kepada Malaysia dalam bentuk pelaburan, peluang pekerjaan, dan pelbagai inisiatif yang memperkasa komuniti tempatan. Kini, Nestlé beroperasi dengan enam kilang, menggaji lebih 5,000 rakyat Malaysia, dan menjadi Hab Kecemerlangan Halal untuk Nestlé di peringkat global. Kami komited dalam menyediakan produk-produk yang halal, berkhasiat dan berkualiti tinggi dengan mengutamakan kelestarian dalam semua amalan perniagaan kami - Diperbuat di Malaysia, oleh rakyat Malaysia, untuk semua rakyat Malaysia.
Sebagai pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia, dengan ibu pejabat berpusat di Switzerland, Nestlé beroperasi di lebih 180 buah negara. Dengan tenaga kerja melebihi 270,000 orang kakitangan berdedikasi, kami digerakkan oleh matlamat untuk menyerlahkan potensi makanan, meningkatkan kualiti hidup untuk semua, pada masa kini dan juga untuk generasi akan datang. Komitmen kami terhadap pemakanan, kesihatan, dan kesejahteraan memandu prestasi kami, memastikan kami menunaikan janji GOOD FOOD, GOOD LIFE.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perjalanan melebihi 100 tahun di sisi rakyat Malaysia, sila layari laman web kami di https://www.Nestlé.com.my/ask-Nestlé/we-are-Nestlé.
0 Comments