KUALA LUMPUR, 13 September 2026 — Watsons Malaysia dengan bangganya memperkenalkan rangkaian penjagaan badan terbaharu, Naturals by Watsons x @wonders.of.eqa Mangosteen Collection, yang meraikan kebaikan dan kesegaran buah manggis—buah yang terkenal sebagai "Ratu Buah" di Malaysia.
Pelancaran rasmi koleksi ini telah disempurnakan oleh Danny Hoh, Ketua Pegawai Operasi (COO) Watsons Malaysia, di Kuala Lumpur Durian Experience Centre (KLDEX). Majlis ini menandakan satu pencapaian bermakna dalam menggabungkan elemen kecantikan berinspirasikan khazanah tempatan dengan penjagaan diri seharian.
Rangkaian penjagaan badan Naturals by Watsons Mangosteen direka khas untuk memberikan kesegaran semula jadi serta khasiat terbaik untuk kulit melalui tiga produk utama:
● Body Lotion: Mengekalkan kelembapan kulit secara berterusan sehingga 72 jam.
● Shower Gel: Diperkaya dengan Niacinamide untuk membantu mencerahkan dan menyegarkan kulit.
● Body Mist: Memberikan aroma buah-buahan yang menyegarkan dan tahan lama sepanjang hari.
Sempena pelancaran ini, Watsons Malaysia turut membuka reruai khas di KLDEX pada 12, 13 dan 16 September 2026 bagi membolehkan para pengunjung merasai sendiri pengalaman keunikan produk penjagaan badan berasaskan buah tempatan ini.
Koleksi Naturals by Watsons Mangosteen kini boleh didapati di seluruh cawangan Watsons Malaysia serta platform dalam talian rasmi Watsons.
Watsons Malaysia KLDEX #PelancaranProduk #NaturalsByWatsons #KLDex #ManggisDurianParty
Shot By: Samsung Malaysia GalaxyS24FE FanEdition 30XZoom GalaxtAI Flagship SamsungMalaysia
0 Comments