XIAOMI Lancarkan Secara Rasmi Siri REDMI Note 17 di Malaysia, Bersama Barisan Peranti Boleh Pakai Baharu Serta IoT Produk Rumah



Kuala Lumpur, Malaysia, 2 September 2026 – Xiaomi hari ini memulakan pelancaran siri REDMI Note 17 di Malaysia, yang terdiri daripada empat model baharu: REDMI Note 17, REDMI Note 17 5G, REDMI Note 17 Pro 5G, serta model Pro Max pertamanya – REDMI Note 17 Pro Max 5G. Di samping itu, Xiaomi turut memperkenalkan barisan peranti boleh pakai (wearables) pintar baharu termasuk REDMI Watch 6 Active, REDMI Watch 6 Lite, serta warna baharu Mist Blue bagi REDMI Headphones Neo.

Sebagai imbasan, REDMI Note 17 Pro Max 5G menampilkan bateri telefon pintar terbesar Xiaomi setakat ini iaitu 10,000mAh, digandingkan dengan 100W HyperCharge dan 27W pengecasan terbalik (reverse charging), membawakan ketahanan luar biasa dan pengecasan pantas. Kedua-dua REDMI Note 17 Pro Max 5G dan REDMI Note 17 Pro 5G merupakan yang pertama dalam industri menerima Persijilan Kualiti Titan 5-bintang TÜV SÜD, mencapai persijilan penuh merentasi ketiga-tiga dimensi. Ini merangkumi seni bina kalis air maju dengan penarafan IP66, IP68, IP69, dan IP69K serta perlindungan Corning® Gorilla® Glass Victus® 2 untuk melindungi peranti daripada jatuh dan calar harian. REDMI Note 17 Pro Max 5G dikuasai oleh Platform Mudah Alih Snapdragon® 6 Gen 5, manakala REDMI Note 17 Pro 5G dikuasai oleh Snapdragon® 6s Gen 4.

Bagi model asas siri ini, kedua-dua REDMI Note 17 5G dan REDMI Note 17 dilengkapi dengan bateri 7,700mAh dan pengecasan turbo 45W, serta Persijilan Prestasi Bateri 5-bintang TÜV SÜD dengan jangka hayat bateri disahkan mengikut piawaian ketat yang sama. Kedua-dua model ini juga dilengkapi dengan penarafan IP65 untuk rintangan debu dan air, serta Corning® Gorilla® Glass 7i bagi menangani calar harian, percikan air, dan persekitaran berhabuk dengan penuh keyakinan.

REDMI Watch 6 Active:


REDMI Watch 6 Active membawakan pengalaman harian yang lebih pintar ke pergelangan tangan anda menerusi paparan AMOLED 1.85 inci yang terang dengan kecerahan puncak sehingga 1200 nits untuk tontonan yang jelas dan menyerlah. Fungsi Always-on Display memastikan masa dan maklumat penting sentiasa mudah dilihat, manakala badan ultra-nipis 9.9mm dan reka bentuk ringannya yang seberat 26g memberikan padanan yang kemas dan selesa untuk pemakaian sepanjang hari. Menerusi reka bentuk bingkai rata, sudut membulat, dan kaca melengkung 2.5D, REDMI Watch 6 Active mencapai keseimbangan sempurna antara gaya kontemporari dan kepraktisan harian, diimbangi dengan pilihan muka jam yang luas serta tali penyerap pantas (quick-release) untuk penyesuaian gaya tanpa usaha.

Dibina untuk seiring dengan gaya hidup aktif, REDMI Watch 6 Active menawarkan jangka hayat bateri sehingga 18 hari bawah penggunaan ringan, membantu pengguna sentiasa terhubung dengan kekerapan pengecasan yang minimum. Selain kemudahan ini, jam pintar ini turut menampilkan fungsi panggilan Bluetooth terus dari pergelangan tangan, di samping pemantauan kesihatan komprehensif merangkumi kadar denyutan jantung sepanjang hari, pemantauan oksigen darah dan tahap stres, pemantauan tidur, serta pengurusan kesihatan wanita. Dengan lebih daripada 140 mod sukan, rintangan debu dan air IP68, serta pelbagai ciri pintar praktikal, REDMI Watch 6 Active menawarkan pengalaman jam pintar serba lengkap yang menggabungkan kecergasan, kesejahteraan, dan keterhubungan harian dalam satu teman yang anggun.

REDMI Watch 6 Lite:


Mempertingkatkan lagi kepelbagaian guna REDMI Watch 6 Active, REDMI Watch 6 Lite membawa pengalaman peranti boleh pakai pintar ke tahap seterusnya dengan paparan AMOLED 1.96 inci yang terang dan kecerahan puncak sehingga 1500 nits. Always-on Display dan kecerahan adaptif memastikan maklumat penting kekal mudah dilihat sepanjang hari, manakala reka bentuk ultra-nipis 9.9mm, badan ringan 27.8g, dan kaca melengkung 2.5D menawarkan padanan yang selesa dan anggun. Direka dengan estetika sporty tetapi minimalis, REDMI Watch 6 Lite turut menampilkan tali quick-release dan pilihan muka jam yang pelbagai, memberi kebebasan kepada pengguna untuk memadankan gaya mengikut pelbagai acara.

Bagi pengguna yang mahu meningkatkan tahap kecergasan mereka, REDMI Watch 6 Lite membawakan penjejakan senaman dan aktiviti luar yang dipertingkatkan menerusi sistem pemposisian GNSS lima-sistem terbina dalam, membolehkan pengguna menjejak laluan secara tepat tanpa perlu membawa telefon pintar. Penjejakan renang canggihnya yang dikuasai oleh sensor 9-paksi mampu mengecam gaya renang dan menyediakan metrik komprehensif merangkumi kelajuan purata, perubahan kadar denyutan jantung di dalam air, dan kecekapan SWOLF, manakala ketahanan air 5ATM menyokong aktiviti renang dan air cetek yang lain. Dengan lebih 150 mod sukan dan pemantauan kesihatan sepanjang hari, REDMI Watch 6 Lite merupakan teman serba boleh untuk gaya hidup aktif, disokong oleh jangka hayat bateri sehingga 18 hari bawah penggunaan ringan.

REDMI Headphones Neo: Kini dalam Warna Mist Blue:


Xiaomi memperkenalkan warna baharu yang segar, Mist Blue, untuk REDMI Headphones Neo — fon kepala pertama yang diperkenalkan di bawah barisan REDMI di Malaysia. Fon kepala ini dilengkapi dengan Active Noise Cancellation (ANC) 42dB yang melaras kedalaman pengurangan hingar secara automatik mengikut perubahan persekitaran, memastikan pengalaman pendengaran tanpa gangguan. Sistem pengurangan hingar panggilan AI tiga mikrofon meningkatkan lagi kejelasan suara sewaktu panggilan walaupun dalam keadaan mencabar, manakala persijilan Hi-Res menjamin transmisi audio tanpa kehilangan kualiti (lossless) bagi penggemar muzik yang menginginkan kualiti bunyi terbaik.

Acara Jualan Pertama Siri REDMI Note 17 – REDMI Boss for A Day:


Bagi merayakan ketibaan rasmi Siri REDMI Note 17 di Malaysia, Xiaomi membawakan peminat lebih dekat dengan acara “REDMI Boss for a Day: Meerqeen” di Xiaomi Store The Exchange TRX, Kuala Lumpur pada 5 September 2026. Pelanggan yang telah membuat pra-pesanan siri REDMI Note 17 Pro diingatkan untuk mengambil peranti mereka bermula jam 10 pagi di kedai berkenaan, di mana 80 pelanggan terawal yang layak berpeluang mendapat akses eksklusif ke sesi meet-and-greet khas bersama Duta Siri REDMI Note 17 Malaysia, Meerqeen.

Peminat juga boleh menyertai kemeriahan menerusi cabutan bertuah yang dikendalikan oleh Meerqeen sendiri (berdasarkan siapa cepat, dia dapat) untuk berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik.

Ketersediaan Produk:

Jangan lepaskan peluang promosi pra-pesanan. Pelanggan yang berminat masih boleh membuat pra-pesanan Siri REDMI Note 17 di Xiaomi Store dan secara dalam talian di mi.com, serta kedai rasmi Xiaomi di Shopee, Lazada, dan TikTok Shop.


Jualan terbuka untuk siri ini akan bermula dari 5 September hingga 30 September 2026 di Xiaomi Store dan mi.com, serta kedai rasmi Xiaomi di Shopee, Lazada, dan TikTok Shop. Xiaomi turut mengumumkan kerjasama dengan Atome untuk menawarkan pelan ansuran 0% di platform Atome bersama diskaun baucar tambahan RM100 yang boleh digunakan bertindih di atas diskaun sedia ada bagi mereka yang berminat membeli Siri REDMI Note 17.

 

Ikuti platform media sosial Xiaomi Malaysia di Facebook, Instagram, dan TikTok untuk maklumat dan kemas kini lanjut.

XIAOMI Memperluas Rangkaian AIoT Dengan Peralatan Rumah Smart Mijia dan Boleh Pakai Baharu Xiaomi



Xiaomi hari ini mengumumkan produk baharu yang menarik, memperluas portfolio peralatan rumah pintar mereka di Malaysia: Mijia Front Load Washer Dryer Pro 12.5kg, Mijia Smart Air Purifier 6 Plus, Mijia Front Load Washer 8kg, Xiaomi Robot Vacuum 6 Max dan Xiaomi Smart Double Stack Air Fryer 12L. Di samping itu, Xiaomi turut memperkenalkan peranti boleh pakai baharu, Xiaomi Smart Band 11 Active.

Mijia Front Load Washer Dryer Pro 12.5kg: Penyelesaian Dobi Serba Boleh

Mijia Front Load Washer Dryer Pro 12.5kg membawakan tahap kemudahan baharu dan penjagaan pintar untuk urusan dobi harian, menggabungkan kapasiti mencuci 12.5kg yang luas dengan kapasiti mengering 8kg dalam satu peranti serba canggih. Direka untuk mengendalikan segala-galanya daripada pakaian harian hingga barangan isi rumah yang besar, dram 525mm yang luas membantu pengguna menyelesaikan lebih banyak cucian dalam satu kitaran, manakala panel kawalan skrin sentuh yang intuitif menawarkan kendalian mudah dengan estetika futuristik yang elegan. Dengan rekaan terperinci berasaskan teknologi, bentuk flush-mounted dan nilai estetika yang memenangi Anugerah Reka Bentuk iF Jerman, Mijia Front Load Washer Dryer Pro 12.5kg disesuaikan secara lancar ke dalam rumah moden sekali gus meningkatkan pengalaman mencuci harian.

Selain kapasitinya yang luas, Mijia Front Load Washer Dryer Pro 12.5kg menggabungkan teknologi mencuci dan mengering pintar untuk memberikan pembersihan berkuasa dengan kecekapan dan penjagaan fabrik yang lebih tinggi. Sistem Dual Auto Dosing melaraskan dispensasi detergen dan pelembut kain secara automatik mengikut berat muatan, manakala teknologi Smart Infusion membolehkan kitaran Smart Wash pembersihan mendalam dalam masa 32 minit sahaja dan kitaran Quick Wash sepantas 12 minit untuk muatan ringan. Bagi penjagaan higienis tambahan, fungsi cucian berkuasa stim menghapuskan sehingga 99.99% bakteria, manakala sensor pengeringan pintar mengawal suhu dan masa pengeringan secara tepat bagi mengelakkan pengeringan melampau. Menerusi sambungan aplikasi Xiaomi Home, pengguna boleh menjadualkan dan menyesuaikan kitaran dobi secara kawalan jauh, membawakan fleksibiliti dan kawalan pintar yang lebih besar kepada salah satu rutin paling asas di rumah.

Mijia Front Load Washer 8kg: Dobi Kecil untuk Ruang Terhad


Bagi isi rumah yang mencari penyelesaian ringkas untuk urusan dobi harian, Mijia Front Load Washer 8kg menggabungkan prestasi pembersihan berkuasa dengan kemudahan pintar dalam rekaan yang nipis dan menjimatkan ruang. Menampilkan kapasiti mencuci 8kg dan dram berdiameter 525mm yang besar, ia menyediakan ruang bilasan yang luas untuk pembersihan menyeluruh di samping membantu mengurangkan kedutan. Badan ultra-nipis 421mm direka untuk muat dengan kemas di dalam kabinet, manakala panel kawalan sentuh berwarna-warni menawarkan kendalian intuitif menerusi lebih 28 program cucian. Dengan estetika minimalis yang menyatu lancar dengan rekaan dalaman moden, Mijia Front Load Washer 8kg membawakan kepraktisan dan reka bentuk yang diperhalusi ke dalam rumah.

Selain pembersihan harian, Mijia Front Load Washer 8kg menawarkan penjagaan fabrik dan higienis yang rapi menerusi teknologi Power Wash dan pembersihan stim suhu tinggi, yang boleh menghapuskan sehingga 99.99% bakteria di bawah ujian terkawal. Program Quick Wash 15 minit menawarkan penyelesaian mudah untuk muatan lebih ringan, manakala teknologi pengesanan muatan melaraskan isi padu air dan masa kitaran secara automatik mengikut berat pakaian untuk pembersihan yang lebih cekap. Terhubung dengan aplikasi Xiaomi Home, mesin basuh ini juga membolehkan operasi kawalan jauh, tetapan cucian peribadi dan cadangan program pintar, manakala ciri-ciri seperti Refresh Care, penangguhan mula 24 jam dan penambahan pakaian pertengahan kitaran memudahkan lagi rutin dobi harian.

Mijia Smart Air Purifier 6 Plus: Pembersihan Udara Berkuasa Diderekakan untuk Rumah Saiz Besar


Melengkapkan rangkaian peralatan rumah Mijia dengan penjagaan udara menyeluruh yang berkuasa, Mijia Smart Air Purifier 6 Plus direka untuk menyalurkan udara yang lebih bersih dan segar di ruang kediaman yang lebih besar menerusi seni bina dual-impeller dan penapis berkembar. Menyalurkan aliran udara berkuasa sehingga 12,666L/min dan menampung ruang sehingga 91m², Mijia Smart Air Purifier 6 Plus memularkan dan membersihkan udara dalaman secara cekap, manakala lima sensor berketepatan tinggi sentiasa memantau petunjuk kualiti udara secara masa nyata. Modul UVC berprestasi tinggi meningkatkan lagi pembersihan, manakala sistem penapisan komposit lima peringkat menguruskan zarah halus, alergen, formaldehid, bau dan bahan pencemar biasa yang lain secara berkesan, mewujudkan persekitaran yang lebih segar dan selesa di seluruh rumah.

Selain pembersihan berkuasa, Mijia Smart Air Purifier 6 Plus membawakan kawalan pintar dan kemudahan harian ke dalam rumah. Sistem penapisan berkecekapan tinggi mencapai kadar penyingkiran 99.99% untuk PM1, PM2.5 dan habuk di bawah ujian terkawal, manakala penapis karbon teraktif khas membantu menyerap dan menguraikan formaldehid, bau dan TVOC. Direka untuk penggunaan berterusan tanpa mengganggu rutin harian, pembersih udara ini beroperasi serendah 19.4dB(A) pada tetapan paling senyap dan boleh dipantau serta dikawal secara jauh melalui aplikasi Xiaomi Home, membolehkan pengguna menyemak kualiti udara, mengurus tetapan pembersihan, menjadualkan operasi dan memantau jangka hayat penapis terus daripada telefon pintar mereka. Dengan gabungan pembersihan rumah menyeluruh yang berkuasa, penderiaan pintar dan sambungan yang lancar, Mijia Smart Air Purifier 6 Plus menjadikan udara bersih satu bahagian mudah dalam kehidupan harian.

Xiaomi Robot Vacuum 6 Max: Bersih Melampaui Batasan


Bawa pembersihan pintar ke tahap yang lain, Xiaomi Robot Vacuum 6 Max direka untuk memberikan pengalaman pembersihan automatik berkuasa dengan AI canggih dan liputan lantai yang menyeluruh. Dilengkapi dengan kuasa sedutan 35,000Pa Xiaomi yang paling berkuasa setakat ini, ia menangani habuk, kotoran, rambut dan zarah tersembunyi secara cekap, manakala mop roler baharunya menggunakan air mengalir masa nyata dan tekanan berterusan untuk menanggalkan kesan kotoran degil dengan kelembapan dan prestasi pembersihan yang konsisten. Sistem tiga lengan mekanikal meluas lagi liputan pembersihan ke sudut, tepi dan sekitar kaki perabot, membantu memberikan pembersihan yang lebih menyeluruh di seluruh rumah.

Selain pembersihan berkuasa, Xiaomi Robot Vacuum 6 Max membawakan kecerdasan dan autonomi yang lebih besar untuk penjagaan rumah harian. Sistem tiga kamera AI berfungsi bersama imbasan LiDAR 360° (retractable) untuk mengenal pasti lebih 320 jenis halangan dan kotoran, termasuk objek harian, perabot dan kotoran biasa di rumah, membolehkan robot melaraskan strategi pembersihan secara pintar dan mengelak halangan. Kaki mekanikal bionik berkembar juga boleh melangkau anak tangga tunggal sehingga 6cm, manakala LiDAR yang boleh memendekkan ketinggian membolehkannya memasuki ruang serendah 9.3cm. Melengkapkan pengalaman pembersihan automatik, stesen omni pembersihan kendiri suhu tinggi mengosongkan habuk secara automatik sehingga 75 hari, mencuci pad mop pada suhu sehingga 85°C dan mengeringkannya dengan udara panas 50°C, manakala sambungan aplikasi Xiaomi Home membolehkan pengguna mengawal, menjadualkan dan memantau pembersihan secara jauh dari mana-mana sahaja.

Xiaomi Smart Double Stack Air Fryer 12L: Memasak Makanan Keluarga Lebih Mudah


Melengkapkan rangkaian peralatan rumah Mijia baharu dengan kemudahan kulinari, Xiaomi Smart Double Stack Air Fryer 12L memberi nafas baharu kepada masakan harian menerusi rekaan bakul bertingkat (vertical dual-basket) yang inovatif. Dengan kapasiti keseluruhan 12L yang luas, penggoreng udara ini membolehkan pengguna menyediakan sehingga empat hidangan serentak menerusi dua bakulnya, memudahkan urusan memasak hidangan utama dan sampingan bersama-sama untuk makanan keluarga. Rekaan bertingkat menegak juga menjimatkan kira-kira 35% ruang permukaan meja secara horizontal berbanding Xiaomi Dual Zone Air Fryer 10L, manakala output berkuasa 2800W dan aliran udara panas 360° memberikan masakan yang pantas dan seimbang dengan hasil garing.

Direka untuk menjadikan masakan rumah lebih mudah dan serba boleh, Xiaomi Smart Double Stack Air Fryer 12L menampilkan 14 mod memasak pratetap dan julat suhu luas 40°C–230°C, menyokong segala-galanya daripada perapan doh suhu rendah dan buah-buahan kering hinggalah kepada memanggang, membakar dan memasak suhu tinggi. Fungsi Sync membolehkan kedua-dua bakul selesai memasak pada masa yang sama walaupun suhu dan durasi yang berbeza dipilih, manakala paparan warna HD yang besar memberikan kawalan intuitif ke atas setiap bakul. Terhubung dengan aplikasi Xiaomi Home, pengguna juga boleh mengakses pustaka 100 resipi popular, menjadualkan masakan sehingga 24 jam awal dan mengaktifkan mod Keep Warm untuk kemudahan tambahan. Dengan bakul dan aksesori selamat untuk mesin pencuci pinggan, lapisan tidak melekat gred selamat untuk makanan dan ciri-ciri cermat seperti pemadaman kuasa automatik apabila bakul dikeluarkan, Xiaomi Smart Double Stack Air Fryer 12L menjadikan penyediaan makanan masak di rumah lebih mudah dari mula hingga akhir.

Xiaomi Smart Band 11 Active: Bentuk Elegan Untuk Kesejahteraan Harian


Menambah rangkaian peranti boleh pakai dengan pilihan yang lebih kompak dan berfokuskan kecergasan, Xiaomi Smart Band 11 Active membawakan pemantauan kesihatan harian dan aktiviti dalam bentuk yang elegan dan ringan. Paparan berwarna 1.47-inci dengan kadar segar semula 60Hz yang lancar memberikan pengalaman tontonan yang responsif dan menarik, manakala kerangka gaya jam tangan yang direka semula, kemasan berwajah rekaan logam dan kaca lengkung 2.5D memberikan sentuhan terperinci kepada estetik sukan. Terdapat dalam warna Grey, Black dan Pomelo Pink yang ceria, Xiaomi Smart Band 11 Active juga menampilkan tali bertali tekstur dengan cangkuk anti-gelincir yang ditingkatkan, memastikan padanan yang selamat dan selesa daripada rutin harian hingga latihan sukan.

Direka untuk menyokong pengguna sepanjang gaya hidup aktif mereka, Xiaomi Smart Band 11 Active menawarkan pemantauan kesihatan harian sepanjang hari yang komprehensif, termasuk kadar degupan jantung, SpO₂, tidur dan pemantauan tekanan yang ditingkatkan, bersama 50 mod sukan terbina dalam untuk merakam pelbagai latihan sukan. Dengan rintangan air 5ATM, ia juga boleh memantau kalori yang dibakar dan durasi senaman semasa berenang, menjadikannya peneman serba boleh untuk aktiviti harian dan latihan kecergasan. Disokong oleh bateri yang bertahan sehingga 21 hari dalam mod penggunaan ringan, Xiaomi Smart Band 11 Active memberikan prestasi tahan lama dalam pakej yang kompak, manakala lebih 100 muka jam dan ciri kemudahan seperti notifikasi, kawalan muzik, pengurusan acara dan kemas kini cuaca memastikan kemudahan asas harian mudah dicapai.

Ketersediaan Produk

Pelanggan boleh membeli Mijia Front Load Washer Dryer Pro 12.5kg, Mijia Smart Air Purifier 6 Plus, Mijia Front Load Washer 8kg, Xiaomi Robot Vacuum 6 Max, Xiaomi Smart Double Stack Air Fryer 12L dan Xiaomi Smart Band 11 Active bermula 9 September 2026 dan seterusnya di kedai Xiaomi di seluruh negara, di mi.com, serta kedai rasmi Xiaomi di Shopee, Lazada, dan TikTok Shop.



###

Mengenai Xiaomi Corporation
​Xiaomi Corporation ditubuhkan pada April 2010 dan disenaraikan di Papan Utama Bursa Saham Hong Kong pada 9 Julai 2018 (1810.HK). Xiaomi ialah sebuah syarikat barangan elektronik pengguna dan pembuatan pintar yang berteraskan telefon pintar, peranti pintar, serta kenderaan elektrik pintar yang dihubungkan melalui platform IoT.

​Berpegang teguh pada visi "Berbakti sebagai sahabat pengguna dan menjadi syarikat paling hebat di hati pengguna", Xiaomi berterusan mengejar inovasi, pengalaman pengguna berkualiti tinggi, dan kecekapan operasi. Syarikat ini tidak pernah berhenti menghasilkan produk luar biasa pada harga yang adil bagi membolehkan semua orang di dunia menikmati kehidupan yang lebih baik menerusi teknologi inovatif.

Xiaomi merupakan antara syarikat telefon pintar terkemuka di dunia. Pada Disember 2025, bilangan Pengguna Aktif Bulanan (MAU) global mencapai 754.1 juta (termasuk telefon pintar dan tablet). Syarikat ini juga telah membina platform AIoT (AI+IoT) pengguna yang teraju di peringkat global. Sehingga 31 Disember 2025, bilangan peranti IoT yang terhubung ke platformnya (tidak termasuk telefon pintar, komputer pekena, dan tablet) mencecah 1,079.2 juta.
Pada Oktober 2023, Xiaomi menaik taraf strateginya kepada ekosistem pintar "Manusia × Kereta × Rumah", yang menggabungkan peranti peribadi, produk rumah pintar, dan kenderaan secara lancar. Syarikat ini berkembang pesat sebagai inovator utama dalam industri kenderaan elektrik pintar, mencapai keuntungan dalam tempoh enam suku tahun selepas memulakan penghantaran dan telah menyerahkan lebih 600,000 unit menjelang Februari 2026. Xiaomi sentiasa mengutamakan nilai kemanusiaan dan komited untuk menyediakan pengalaman ketersambungan yang menyeluruh dan lebih baik. Produk Xiaomi kini berada di lebih 100 buah negara dan wilayah di seluruh dunia. Pada Julai 2026, Xiaomi telah tercalon dalam senarai Fortune Global 500 buat tahun kelapan berturut-turut, di kedudukan ke-232.


Post a Comment

0 Comments