DOMINO’S MALAYSIA BAWA HASTA DAGING STIK KE DALAM PIZZA LEWAT RANGKAIAN BAHARU CHEESE & STEAK


Mr POV Menggalas Peranan Baharu Sebagai Pegawai Ketua Teringin (Chief Cravings Officer)

KUALA LUMPUR, 6 OKTOBER 2026 – Anda mengidam Daging Stik sepanjang hari. Anda mahukan rasa panggang yang enak dan gurih, tetapi tidak berhasrat untuk ke restoran stik. Anda hanya mahukan sesuatu yang memuaskan, santai, dan mudah dinikmati.

Jadi, bagaimana jika anda boleh menikmati kelazatan daging stik di atas pizza?

Itulah idea di sebalik rangkaian baharu Cheese & Steak daripada Domino’s, yang menggabungkan rasa berinspirasikan daging stik, sos keju panggang yang kaya, serta limpahan topping padu di atas pizza hangat yang sesuai untuk dikongsi.

Diinspirasikan daripada profil rasa stik kegemaran rakyat Malaysia, rangkaian ini membawakan pengalaman kulinari yang memuaskan dan mewah tanpa perlu makan secara formal di restoran stik.

INGIN DAGING STIK? KINI DI ATAS PIZZA.

Rangkaian Cheese & Steak menampilkan tiga pilihan pizza, dengan keunikan tersendiri:


  • Cheese & Steak Beef Signature: Menampilkan daging brisket lembu beraroma asap, bawang, cili hijau, dan cendawan, disepadukan dengan sos keju panggang yang kaya untuk rasa yang memuaskan dan gurih.

  • Cheese & Steak Chicken Deluxe: Menggabungkan kepingan stik ayam panggang bersama bawang, cili hijau, dan tomato ceri, disempurnakan dengan sos keju panggang serta aroma asap untuk rasa yang lebih mantap.


  • Cheese & Steak Chicken Classic: Menggabungkan kepingan stik ayam panggang, sosej ayam, dan bawang bersama sos keju panggang yang kaya, menyatukan rasa panggang dan kelezatan keju.

Untuk nikmat keju berlipat ganda, pelanggan boleh menaik naik tingkat kepada Crunchy Cheddar Crust dengan tambahan +RM3 bagi saiz Regular dan +RM5 bagi saiz Large.

Rangkaian Cheese & Steak ini turut dilengkapkan dengan Cheesy Beef Loaded Fries dan Cheesy Chicken Loaded Fries, yang ditaburi kepingan brisket lembu beraroma asap atau kepingan ayam panggang serta sos keju nacho yang krimi.

PEGAWAI KETUA TERINGIN DENGAN MISI KHAS

Bagi menghidupkan fenomena dilema makanan harian, Domino’s Malaysia telah melantik pempengaruh gastronomi Malaysia, Adrian (Mr POV), sebagai Chief Cravings Officer (CCO) atau Pegawai Ketua Teringin. Peranan beliau adalah untuk mengenal pasti keinginan (craving), memahami dilema pelanggan, dan menyelesaikannya.

Misi pertamanya bermula dengan Cheese & Steak. Mr POV akan mencuba Beef Signature sebelum turun ke lapangan untuk bertemu dengan orang ramai yang sedang berfikir tentang pilihan makanan. Misi-misi seterusnya bakal menampilkan beliau dalam situasi yang sering dialami ramai, termasuk waktu makan tengah hari pejabat yang terhad dan janji temu di restoran yang telah penuh ditempah.

"Memang ada sesuatu tentang kempunan daging stik di mana apabila anda mahukan sesuatu yang kaya rasa, gurih, dan mewah, tiada perkara lain yang dapat menandinginya," kata Ringo Joannes, CEO Wilayah Domino’s Pizza Malaysia, Singapura, dan Kemboja. "Menerusi Cheese & Steak, kami menggabungkan rasa mantap tersebut bersama keju panggang dan pizza bagi memberikan cara baharu untuk rakyat Malaysia memuaskan keinginan tersebut."

"Di sinilah peranan Adrian. Sebagai Chief Cravings Officer, tanggungjawab beliau adalah untuk memahami situasi, mencari apa yang diidamkan, dan memberikan solusinya," tambah Ringo.

"Semua orang tahu perasaan apabila lapar, tetapi tidak tahu apa yang mahu dimakan. Anda mahukan sesuatu yang memuaskan, tetapi santai, mudah didapati, dan senang dikongsi. Di situlah tugas saya sebagai Chief Cravings Officer bermula," kata Adrian.

"Saya bertugas untuk mencari mereka yang berada dalam situasi paling bingung, lapar, dan terdesak untuk makan, lalu memberikan jalan penyelesaian. Jika penyelesaian itu melibatkan pizza Cheese & Steak, saya amat berbesar hati untuk menjalankan tugas."

Melalui pelantikan Chief Cravings Officer ini, Domino’s menghidupkan platform jenama “Unbox Your Cravings” menerusi situasi makanan seharian, dengan Mr POV menerajui misi berkenaan.

Rangkaian Pizza Cheese & Steak baharu ini boleh didapati untuk masa terhad di seluruh cawangan Domino’s Pizza di Malaysia.

Pelanggan boleh membuat pesanan menerusi laman web Domino’s, aplikasi Domino’s, atau hadir terus (walk-in) ke mana-mana cawangan Domino’s.

Untuk maklumat lanjut, layari www.dominos.com.my atau ikuti @DominosMY di Facebook dan Instagram.

Post a Comment

0 Comments