KONSERT HIJJAZ 3 DEKAD: RINDU SUMAYYAH RAI 3 DEKAD LEGASI HIJJAZ DI ISTANA BUDAYA 16 & 17 OKTOBER 2026


Tiket berbaki hanya 5 peratus; Hijjaz tampil bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan, barisan artis anak didik serta generasi pewanis legasi Hijjaz 

KUALA LUMPUR 6 Oktobet 2026 - Tiga dekad perjalanan seni, dakwah dan karya kumpulan nasyid tersohor tanah air, Hijjaz, bakal diraikan menerusi Konsert Hijjaz 3 Dekad: Rindu Sumayyah yang akan berlangsung pada 16 dan 17 Oktober 2026 di Istana Budaya, Kuala Lumpur. 

Dianjurkan oleh Inteam Records, konsert ini bukan sekadar sebuah persembahan nostalgia, sebaliknya merupakan penghargaan terhadap perjalanan, karya, persahabatan, perjuangan serta legasi Hijjaz yang telah mewarnai perkembangan industri nasyid tanah air selama tiga dekad. 

Penganjuran konsert ini mendapat sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Istana Budaya serta Orkestra Simfoni Kebangsaan 

PENTAS BERPRESTIJ UNTUK MERAIKAN TIGA DEKAD HIJJAZ 

Menurut Pengarah Program, Hazamin Inteam, pemilihan Istana Budaya mempunyai nilai yang cukup istimewa kerana perjalanan tiga dekad Hijjaz wajar diraikan menerusi sebuah produksi yang memberikan pengalaman terbaik kepada penonton. 

“Kami sangat menghargai kesudian pihak Istana Budaya untuk bersama-sama menjayakan Rindu Sumayyah. Istana Budaya bukan sekadar sebuah lokasi persembahan, tetapi sebuah institusi seni negara dengan prasarana, kepakaran teknikal dan fasiliti persembahan yang berprestij serta bertaraf antarabangsa. Bagi kami, membawa perjalanan tiga dekad Hijjaz ke pentas Istana Budaya adalah sesuatu yang cukup bermakna,” kata Hazamin. 

Konsert ini turut mendapat sentuhan istimewa Orkestra Simfoni Kebangsaan, yang bakal mengiringi persembahan Hijjaz bersama band dan para pemuzik. 

Gabungan orkestra dan band bakal memberikan dimensi baharu kepada karya-karya Hijjaz yang telah dikenali serta menjadi sebahagian daripada kehidupan peminat sejak sekian lama. 

“Kita mahu penonton bukan sekadar mendengar semula lagu-lagu Hijjiaz yang mereka kenali, tetapi merasai kembali perjalanan, mesej dan emosi di sebalik karya-karya tersebut dalam sebuah pengalaman persembahan yang lebih besar,” tambah Hazamin. 


HIJJAZ — TIGA DEKAD KARYA DAN PERJUANGAN 

Sepanjang tiga dekad, Hijjaz telah melalui pelbagai fasa perubahan industri muzik, teknologi serta generasi pendengar, namun terus konsisten menghasilkan karya yang membawa mesej kerohanian, pendidikan dan nilai-nilai positif kepada masyarakat. 

Sumayyah, yang menjadi inspirasi kepada nama konsert ini, merupakan antara karya yang mempunyai kedudukan istimewa dalam perjalanan Hijjaz dan terus membawa mesej perjuangan serta kekuatan iman merentas generasi. 

Namun sumbangan Hijjaz tidak terhad kepada lagu dan album yang mereka hasilkan. Kumpulan ini turut memainkan peranan penting dalam membuka ruang, mMembimbing serta membeni inspirasi kepada generasi artis nasyid selepas mereka. 

Menurut Hazamin, aspek inilah yang mahu diketengahkan menerusi Rindu Sumayyah. 

“Rindu Sumayyah bukan semata-mata sebuah konsert nostalgia. la adalah penghargaan kepada penalanan, karya, persahabatan, perjuangan dan legasi Hijjaz selama tiga dekad. Antara legasi lterbesar Hijjaz ialah mereka bukan sekadar menghasilkan karya, tetapi turut membuka jalan dan membimbing generasi selepas mereka. Sebahagian daripada generasi itu juga akan berada bersama-sama di atas pentas Rindu Sumayyah,” katanya. 

Konsert ini bakal menyaksikan kehadiran Inteam, UNIC, Mestica dan Aeman, selain penampilan istimewa anak-anak Hijjaz, sekali gus menggambarkan kesinambungan legasi Hijjaz daripada saty generasi kepada generasi seterusnya. 

TIKET BERBAKI HANYA 5 PERATUS 

Sambutan terhadap Konsert Hijjaz 3 Dekad: Rindu Sumayyah amat menggalakkan apabila setakat ini hanya sekitar 5 peratus tiket masih berbaki bagi dua malam persembahan. 

Menurut Hazamin, sambutan tersebut turut membawa mesej positif kepada keseluruhan industri nasyid dan lagu Islamik di Malaysia. 

“Bagi kami, sambutan ini bukan sekadar mengenai angka jualan tiket. la memberikan satu mesej bahawa nasyid dan lagu-lagu Islamik yang berkualiti masih mempunyai tempat yang kuat di hati masyarakat. Kami sangat berterima kasih kepada semua peminat yang memberikan kepercayaan dan memilih untuk bersama-sama meraikan perjalanan 30 tahun Hijjaz ini,” katanya. 

Bagi peminat yang masih belum mendapatkan tiket, baki tiket boleh dibeli secara dalam talian menerusi MyTicketEmpire.com. 

SOUQ RINDU SUMAYYAH & GALERI HIJJAZ

Penganjur turut mahu pengalaman Rindu Sumayyah bermula sebelum penonton memasuki panggung menerusi penganjuran Souq Rindu Sumayyah di ruang lobi Istana Budaya. 

Mini souq tersebut bakal menghimpunkan pelbagai aktiviti, reruai serta pengisian untuk pengunjung sepanjang penganjuran konsert. 

Antara tarikan utamanya ialah Galeri Hijjaz, yang akan membawa pengunjung menyusuri sebahagian perjalanan tiga dekad kumpulan itu menerusi koleksi kenangan, memorabilia serta bahan-bahan berkaitan sejarah dan perjalanan seni Hijjaz.

Soug Rindu Sumayyah turut menampilkan mini showcase Nasheed GenZ, sebagai platform untuk mengetengahkan bakat serta generasi baharu nasyid, selain pengisian ringkas bersama Ustaz ZulRamli, Pengerusi Noble. 

“Di dalam panggung, kita meraikan 30 tahun perjalanan Hijjaz. Di ruang Souq pula, kita mahu melihat ke hadapan dan memben ruang kepada generasi baharu. Kalau Hijjaz telah membawa perjuangan ini selama 30 tahun, kita juga perlu memikirkan siapakah yang akan membawanya untuk 30 tahun akan datang. Sebab itu kami melihat Nasheed GenZ sebagai sebahagian daripada semangat Rindu Sumayyah,” jelas Hazamin. 

Penganjur menggalakkan pemegang tiket hadir lebih awal bagi menikmati keseluruhan pengalaman Soug Rindu Sumayyah dan Galeri Hijjaz sebelum bermulanya konsert. 


TAK DAPAT HADIR? RINDU SUMAYYAH BOLEH DITONTON MELALUI VOD IKIMHUB

Bagi peminat yang tidak berpeluang hadir sendiri ke Istana Budaya, Konsert Hijjaz 3 Dekad: Rindu Sumayyah turut boleh dinikmati menerusi tayangan Video-On-Demand (VOD) secara dalam talian di IKIMHub bermula 31 Oktober 2026. 

Tiket bagi tayangan VOD berkenaan akan disediakan untuk membolehkan peminat menikmati persembahan Rindu Sumayyah secara dalam talian. 

Kemudahan tersebut diharap dapat membuka peluang kepada peminat di seluruh Malaysia, termasuk mereka yang berada jauh dari Kuala Lumpur atau tidak berkesempatan hadir sendiri ke Istana Budaya, untuk turut menikmati konsert berkenaan. 

“Kami faham tidak semua peminat Hijjaz berpeluang berada bersama-sama kita di Istana Budaya. Sebab itu, melalui kerjasama dengan IKiMHub, kita mahu membuka ruang supaya pengalaman Rindu Sumayyah dapat dinikmati oleh khalayak yang lebih luas. Insya-Allah, bermula 31 Oktober 2026, mereka boleh mendapatkan tiket VOD dan menonton konsert ini secara dalam talian melalui IKIMHub,” kata Hazamin. 


PENGHARGAAN KEPADA PENAJA, MEDIA DAN RAKAN SINERGI 

Kejayaan penganjuran sebuah produksi berskala besar seperti Rindu Sumayyah turut didukung oleh sokongan pelbagai pihak. 

Penganjur merakamkan penghargaan kepada Peduli Insan selaku penaja, Santapan Catering bagi tajaan makanan dan Teedo Hotel bagi tajaan penginapan. 

IKiMfm, IKIMHub dan TV IKIM pula bertindak sebagai media rasmi, manakala MyTicketEmpire.com menjadi platform pembelian tiket konsert. 

Turut bersama menjayakan penganjuran ini ialah rakan-rakan sinergi iaitu Bank Islam, iCaffe, iKoko, Munif Hijjaz, NK Age Reverse, Pondoku, Minaz, Impian Event, KGM Event, LC Creative dan Global One Venture. 

“Sebuah konsert seperti ini tidak mungkin dapat direalisasikan oleh satu pihak sahaja. la memerlukan kepercayaan dan sinergi daripada begitu ramai pihak. Terima kasih kepada semua penaja, media rasmi dan rakan sinergi yang memilih untuk menjadi sebahagian daripada sejarah 30 tahun Hijjaz ini,” ujar Hazamin. 


30 TAHUN KARYA, DAKWAH DAN LEGASI 

Konsert Hijjaz 3 Dekad: Rindu Sumayyah membawa aspirasi untuk meraikan bukan sahaja kejayaan sebuah kumpulan, tetapi perjalanan sebuah legasi yang telah merentas beberapa generasi. 

Tiga dekad karya.
Tiga dekad persahabatan. 
Tiga dekad dakwah melalui seni. 
Tiga dekad melahirkan generasi. 
Dan tiga dekad kenangan bersama masyarakat. 

Dengan gabungan Hijjaz, Orkestra Simfoni Kebangsaan, band, Inteam, UNIC, Mestica, Aeman, anakanak Hijjaz serta seluruh pasukan produksi, Rindu Sumayyah diharapkan menjadi sebuah persembahan yang bukan sahaja mengimbau perjalanan lalu, tetapi turut membawa semangat legasi Hijjaz ke generasi seterusnya. 
INFO KONSERT
Acara :  Konsert Hijjaz 3 Dekad: Rindu Sumayyah
Tarikh :  16 & 17 Oktober 2026 
Lokasi :  Istana Buda a, Kuala Lumpur
Penganjur : Inteam Records
Dengan Sokongan Tiket Konsert : MOTAC, Istana Budaya & Orkestra Simfoni Kebangsaan OSK
Baki Tiket : MyTicketEmpire.com
Penaja : Sekitar 5% 
Tajaan Makanan : Peduli Insan
Tajaan Penginapan : Santasan Catering
Media Rasmi : Teedo Hotel IKiMfm, IKIMHub & TV IKIM
Tayangan VOD : IKiMHub — bermula 31 Oktober 2026
Rakan Sinergi : Bank Islam, iCaffe, iKoko, Munif Hijjaz, NK Age Reverse, Pondoku, Minaz, Impian Event, KGM Event, LC Creative & Global One Venture

Post a Comment

0 Comments