Perasmian RABBANI EVENT HALL - RABBANI Memperluas Perniagaan Dengan DEWAN Pelbagai Guna Di Kuala Lumpur


KUALA LUMPUR, 13 OKTOBER 2026 — Dengan pengalaman sekitar 30 tahun dalam industri nasyid dan persembahan, Kumpulan Rabbani melangkah ke satu lagi bidang perniagaan menerusi pembukaan Rabbani Event Hall di Scott Garden, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Dewan pelbagai guna ini menyediakan ruang untuk majlis perkahwinan, keraian, kursus, seminar dan program motivasi.

Sepanjang perjalanan seni, Rabbani telah mengadakan persembahan di seluruh negara serta di pentas Asia dan antarabangsa. Pengalaman berhadapan dengan pelbagai khalayak dan mengendalikan persembahan menjadi bekal untuk memahami keperluan penganjur serta membantu menjayakan majlis yang bermakna. 


Rabbani turut meraih pelbagai anugerah dan pengiktirafan industri, termasuk Lagu Nasyid Terbaik, Album Nasyid Terbaik, Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik serta Album Terbaik menerusi Anugerah Industri Muzik (AIM). Antaranya, album Iqrar 1421 memenangi Album Terbaik AIM 2001. Karya Rabbani turut mendapat pengiktirafan bagi mutu lirik nasyid. Rabbani juga mengungguli kategori Artis Nasyid Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) selama 10 tahun berturut-turut, selain menerima pengiktirafan dalam pelbagai acara berprestij. 


Kerjasama Rabbani bersama KRU menerusi lagu Intifada dan Pergi Tak Kembali turut mencetuskan fenomena dalam perkembangan nasyid kontemporari. Gabungan mesej yang dekat dengan masyarakat dan pendekatan muzik yang berani menjadikan kedua-dua lagu ini terus segar serta mendapat tempat dalam kalangan pendengar hingga hari ini. 

Ruang untuk majlis dan pembangunan masyarakat 

Rabbani Event Hall terletak di S-3-01, Tingkat 3, Parking P5, Scott Garden, Jalan Klang Lama, 58000 Kuala Lumpur. Dewan berhawa dingin ini mampu memuatkan lebih 400 tempat duduk pada satu-satu masa, dengan tambahan 200 tempat duduk di ruang luar dewan. Kemudahan parkir yang luas dan selesa turut memudahkan kehadiran tetamu. 


Bagi melengkapkan perkhidmatan yang ditawarkan, Rabbani Event Hall bekerjasama dengan CB Asset Management yang menyediakan kemudahan lokasi, serta Azam Pandan Catering, Bonda Catering dan beberapa panel katering lain bagi penyediaan sajian. Melalui kerjasama ini, pelanggan boleh yakin terhadap mutu serta kualiti masakan untuk menjamu tetamu pada hari istimewa mereka. 

Kerjasama ini turut melibatkan Demecca Decor Event bagi dekorasi dan pelamin, serta White Infinity Medispa bagi perkhidmatan spa. Khidmat solekan dan busana pengantin turut disediakan. The Papa Razzi menyediakan perkhidmatan photo booth, MCP dan fotografi, manakala sistem PA disediakan oleh Rabbani sendiri. Synchronetwork Sdn Bhd pula menguruskan media sosial Rabbani Event Hall. Gabungan perkhidmatan ini memudahkan pasangan dan keluarga mendapatkan kelengkapan majlis perkahwinan melalui Rabbani Event Hall. 

Selain menjadi lokasi meraikan penyatuan dua hati dan mengeratkan hubungan antara keluarga, Rabbani berharap dewan ini dapat dimanfaatkan oleh masyarakat untuk menimba ilmu, membina semangat dan mengukuhkan silaturahim melalui pelbagai program. 

“Bagi kami, Rabbani Event Hall ini unpama ladang untuk kita bercucuk tanam. Apa yang kita usahakan di sini, mudah-mudahan membuahkan kebaikan dan memberi manfaat kepada semua,” menurut Kumpulan Rabbani. 


Promosi tempahan Oktober 2026 

Sempena pembukaan Rabbani Event Hall, diskaun sebanyak RM3,000 ditawarkan untuk semua pakej perkahwinan bagi tempahan yang dibuat sepanjang Oktober 2026. Pelanggan turut berpeluang memenangi pakej bulan madu menerusi cabutan bertuah, selain tawaran pakej spa “Naik Seri” percuma. 

Rabbani mengajak orang ramai menyokong usaha ini dengan berkongsi maklumat Rabbani Event Hall kepada keluarga, sahabat dan kenalan. Pelbagai pakej menarik disediakan untuk membantu pelanggan merancang majlis mengikut keperluan mereka. 


Penghargaan kepada rakan kerjasama dan petugas 

Pihak Rabbani Empire Resources merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang bersama-sama menjayakan Sidang Media Perasmian Rabbani Event Hall, knususnya CB Asset Management, seluruh pasukan Rabbani Empire Resources, White Infinity Medispa / Demecca Decor Event, MK Tailor, Azam Pandan Catering, Bonda Catering, Andaman Shana, Effa, The Papa Razzi serta Kopicat. 

Segala kerjasama, sokongan, sumbangan dan komitmen yang diberikan amat dihargai. Penghargaan turut ditujukan kepada rakan-rakan media, para tetamu serta semua petugas yang bertungkus-lumus memastikan kelancaran majlis. Semoga hubungan baik ini terus diperkukuh dalam usaha menjadikan Rabbani Event Hall pilihan utama bagi pelbagai majlis dan acara. 


Untuk pertanyaan pakej dan tempahan, orang ramai boleh menghubungi pihak Rabbani Event Hall melalui saluran berikut. 

Laman web: www.rabbanieventhall.com WhatsApp: 016-200 7400 E-mel: rabbanieventhallhq@gmail.com 

Dikeluarkan oleh Rabbani Empire Resources Bagi pihak Kumpulan Rabbani dan Rabbani Event Hall 

Post a Comment

0 Comments