Kuala Lumpur, 12 November 2026 – Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya (ABFGR) kembali lagi untuk edisi 2027. Lebih besar, lebih menarik, dan kali ini ia bakal membawakan keterujaan yang jauh lebih hebat berbanding sebelum-sebelumnya. Diiktiraf dan dianugerahkan oleh The Malaysia Book of Records sebagai Ekspo Festival Raya Terbesar di Malaysia pada tahun 2024, acara ini dianjurkan oleh ABGR PLT, satu initiative antara My Events International dan Absolut Events.
Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya (ABFGR) akan memulakan edisi 2027 di Malaysia
International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur pada 19 – 22 Februari 2027, dan akan berlangsung selama 66 jam tanpa henti, selaras dengan tradisi tahun-tahunsebelumnya. Buat julung kalinya, ABFGR akan diperkenalkan di Pantai Timur, yang
dijadualkan berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan pada 5 – 7
Mac 2027. Pihak penganjur menyasarkan penyertaan lebih daripada 900 vendor di lokasilokasi tersebut.
Meneruskan kejayaan yang dicapai sejak lima tahun lalu, ABFGR berhasrat untuk melibatkan bukan sahaja pemilik perniagaan dan jenama tempatan, malah para pengunjung untuk turut serta dalam pelbagai aktiviti menarik seperti sesi ramah mesra bersama selebriti dan pempengaruh terkenal, Mini Absolut Foodfest, konsert mini, jualan 'Happy Hour', cabutan bertuah, 'Wheel of Fortune', 'Money Chamber', program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), dan banyak lagi.
Pihak penganjur turut mengambil kesempatan untuk memperkenalkan rakan-rakan kongsi
dan penaja rasmi yang baharu. Advance Intelligence Group (ATOME) diperkenalkan sebagai Rakan Pembayaran BNPL Rasmi, Media Prima Berhad sebagai Media Rasmi dan Blackmores Malaysia Sdn Bhd sebagai Rakan Kesihatan & Kesejahteraan Rasmi bagi Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2027. Dengan penyertaan jenama-jenama terkemuka dan dipercayai ini, pihak penganjur yakin bahawa kerjasama tersebut akan mewujudkan pengalaman yang lancar bagi para pengunjung dan peserta di ABFGR 2027.
Selain itu, satu pengumuman khas telah dibuat oleh Puan Nadiyah Shahab, Pengasas Bersama ABGR PLT: “Kami berbangga untuk memperkenalkan satu model acara baharu yang dinamakan Tapestry by ABGR: Singgah Raya, yang akan berlangsung pada 26 – 28 Februari 2027. Kami juga berbesar hati kerana The Arch Galeries akan menyertai kami sebagai LokasiRasmi bagi acara istimewa ini.” Beliau menambah, “Tapestry by ABGR: Singgah Raya akan menjadi sesuatu yang istimewa kerana ia merupakan acara yang berbeza sama sekali berbanding Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya; kami akan membawakan konsep dan pengalaman acara yang benar-benar berlainan.” Acara ini memperkenalkan tiga konsep berbeza, iaitu Premium, Pasar Lambak (Flea Market), serta Mini AFF. Harga-harga booth adalah seperti berikut:
• Premium (Sudut): RM4,000
• Premium (Tengah): RM3,500
• Flea Market (Sudut): RM3,300
• Flea Market (Tengah): RM2,800
• Mini AFF (Sudut): RM3,500
• Mini AFF (Tengah): RM3,000
Selain itu, Tapestry by ABGR: Singgah Raya telah dirangka khusus untuk memenuhi fokus
pasaran dan pengalaman yang berbeza. Ia diperkenalkan bagi memberi peluang yang lebih baik kepada mereka yang ingin menyertai acara ini, namun pada pakej harga yang jauh lebih mampu milik. Dengan idea dan pendekatan yang segar, ABGR PLT yakin bahawa acara ini akan membawakan pengalaman yang serba baharu kepada pasaran sasaran mereka.
Akhir sekali, pihak penganjur mengalu-alukan semua jenama dan para perniagaan yang
berminat untuk menjalinkan kerjasama bersempena dengan acara-acara ini. Pihak penganjur berharap agar Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2027 dan Tapestry by ABGR: Singgah Raya akan terus menjadi platform utama bagi mempamerkan produk serta perkhidmatan usahawan tempatan, di samping menawarkan pengalaman membeli-belah Raya yang menyeluruh kepada para pengunjung. Sebagai penutup, pihak penganjur menggalakkan orang ramai untuk mengikuti akaun media sosial rasmi mereka bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai acara-acara tersebut, serta menantikan pelbagai kejutan menarik yang
dirancang khusus untuk tahun hadapan.
###
MENGENAI PENGANJUR
ABGR PLT
ABGR PLT telah diasaskan bersama pada tahun 2022 oleh My Events International dan
Absolut Events, penganjur bagi Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya. Syarikat ini mempunyai pengalaman luas dalam mengendalikan acara berkonsepkan perniagaan-kepada-pengguna
(B2C) yang melibatkan kehadiran orang ramai secara besar-besaran sebagai model
perniagaan utamanya. Sejak penubuhannya, syarikat ini telah menguruskan pelbagai
portfolio merangkumi pembangunan konsep kreatif sehingga pelaksanaan di lokasi,
pemasaran dan promosi, perancangan serta pelaksanaan acara, penghasilan kandungan
digital, dan banyak lagi. Kesemua ini dirangka khusus untuk memberikan pengalaman yang
terbaik dan berimpak tinggi kepada pengguna mahupun pihak perniagaan. Dengan
pengalaman terkumpul melebihi 20 tahun, ABGR PLT telah berkembang menjadi jenama yang dipercayai di Malaysia.
0 Comments