PELANCARAN UNDIAN ATAS TALIAN ANUGERAH TELENOVELA KE-8 DAN SIDANG MEDIA

Seri Pacific Kuala Lumpur, 24 Mac 2022 - Majlis Pelancaran Undian Atas Talian Anugerah Telenovela Ke-8 diadakan pada hari Khamis, 24 Mac 2022 jam 3.00 — 5.30 petang bertempat di Pacific Ballroom, Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur. 

Anugerah Telenovela kali ke-8 adalah anjuran bersama Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) dan D’Ayu Pictures Sdn Bhd. 


Anugerah Telenovela pada asalnya adalah sub-kategori kepada Anugerah Buku Negara yang mula diperkenalkan pada tahun 2005, dan bermula tahun 2015 Anugerah Telenovela dianjurkan secara berasingan.

Anugerah Telenovela telah menjadi acara tahunan yang berprestij bagi mengiktiraf dan meraikan kejayaan warga industri seni kreatif tempatan yang sentiasa menerbitkan karya berkualiti tinggi dan berpotensi untuk menembusi pasaran di peringkat global. 

Majlis Pelancaran Pengundian Atas Talian Anugerah Telenovela Kali Ke-8 ini diadakan bagi meneruskan agenda untuk memilih karya-karya adaptasi “Book2Screen”, atau novel ke drama, telefilem dan filem serta satu bentuk penghargaan secara langsung buat warga kerja industri yang terdiri daripada anak-anak seni dan pemain industri kreatif tempatan.

Ini bertepatan dengan pengiktirafan Kuala Lumpur sebagai Ibukota Buku Dunia oleh UNESCO, atau UNESCO — Kuala Lumpur World Book Capital 2020. 

Sebanyak 106 calon telenovela berentap untuk merebut lebih 30 kategori anugerah pada kali ini. Kesernua adaptasi tersebut mestilah ditayang pada tahun sebelum sesuatu penilaian dibuat.

Bagi tahun 2020 hingga 2022, karyakarya mestilah ditayangkan di televisyen atau stesen satalit atau stesen umum (Free To Air. FTA) atau pawagam. Buat masa ini tayangan di laman social tidak diterima.


Senarai penuh pencalonan Anugerah Telenovela Ke-8 boleh dirujuk melalui laman web rasmi Anugerah Telenovela: http://www.anugerahtelenovela.com ini adalah salah satu usaha berterusan dan konsisten oleh YPBN bersama D’Ayu Pictures Sdn Bhd yang sentiasa komited dalam mendokong hasrat Kerajaan Malaysia untuk merancakkan lagi industri penerbitan dan seni kreatif negara dengan penghasilan karya-karya yang berkualiti tinggi dan bertaraf dunia, seterusnya memberikan impak besar terhadap pembangunan tamadun, sosial serta ekonomi negara menurut acuan KELUARGA MALAYSIA yang diasaskan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. 


Post a Comment

1 Comments