UPIN & IPIN - "Pin Pin Pom!" Teater Muzikal Aksi Ohsem Di Pentas Plenary KL Convention Centre 3 & 4 September!


KUALA LUMPUR, 2hb SEPTEMBER 2022 - “Teater Muzikal Upin & ipin + Pin Pin Pom!” , mengegarkan dunia pementasan teater pada 3 & 4 September ini di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. 

Teater muzikal terbaharu ini menampilkan lakonan dan aksi maskot Upin, Ipin serta kawan-kawan dalam pengembaraan dunia penuh magik, “Pin Pin Pom!”.


Teater ini akan menggunakan teknologi terkini seperti teknik kesan khas, efek pencahayaan serta penggunaan LED skrin bagi memberikan impak luar biasa kepada pementasan tersebut. 

Pementasan “Teater Muzikal Upin & Ipin — Pin Pin Pom!” ini berdurasi lebih 1 jam dan ianya padat dengan aksi mendebarkan serta mencuit hati dengan lagu-lagu muzikal yang pasti membuatkan penonton terhibur dan turut menyanyi bersama-sama.


Lagu-lagu yang bakal dipersembahkan adalah dari lagu-lagu popular Upin & Ipin seperti “Gembira Bermain” dan beberapa lagu-lagu baru seperti lagu “Upin & Ipin Berani” dan “Pin Pin Pom!”.

Teater ini juga akan menampilkan beberapa watak baru yang pertama kali dimunculkan di pementasan teater seperti watak Pahlawan Magik Upin Ipin dan Nenek Kebayan. 


Teater ini dihasilkan oleh Les’ Copaque Production dan diuruskan bersama oleh syarikat Star Fotress Sdn Bhd serta diarahkan oleh pengarah teater Siti Rohaya Atan.

“Teater Muzikal Upin & Ipin - Pin Pin Pom!” ini akan dipentaskan di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 3 & 4 September 2022 dengan waktu persembahan pada 11pagi, 3 petang dan 8.15malam. 



Bersempena dengan cuti sekolah yang bakal bermula, pihak Les’ Copaque berbesar hati menawarkan harga promosi untuk Teater Muzikal Upin & Ipin Pin Pin Pom! iaitu potongan harga tiket sehingga 50% .

Untuk mendapatkan promosi ini, layari laman web Trip. Com dan tiket masih boleh dibeli sehingga pada hari persembahan. 

Jualan Tiket Promosi:
Laman Web: https://Trip.com

SINOPSIS : “Teater Muzikal Upin & Ipin - Pin Pin Pom!”

Upin dan Ipin secara tidak sengaja terjumpa dan membawa pulang Batu Delima Sakti milik Nenek Kebayan. Nenek Kebayan yang mempunyai niat jahat untuk menakluki dunia magik, memeriukan kuasa dari Batu Delima Sakti tersebut. Upin dan ipin bertukar menjadi Pahlawan Magik dan menentang Nenek Kebayan. Berjayakah Upin dan Ipin menghalang niat. Nenek Kebayan dan melindungi dunia magik serta Kampung Durian Runtuh? 

###

#UpinDanIpin #PinPinPom #TeaterMuzikal #DewanPlenary #KLConventionCentre

Capture By: Samsung Galaxy Z Flip4 Series
Samsung #GalaxyZFlip4 #Flagship #SamsungMalaysia

Post a Comment

1 Comments

  1. Ceritanya menarik dan terhibur dengan telatah Upin & Ipin...

    ReplyDelete