WAHHH FILEM ADA HANTU 2 : HAIRUL AZREEN SEKUEL KEMBALI LAGI NI ADA OHSEM LAAA!


Selangor, 6 September 2022 – Majlis Pra-Tonton dan Sidang Media Ada Hantu 2 telah berlangsung di GSC The Starling. Buat kali pertama filem Ada Hantu 2 ini dipertontonkan kepada rakan media.

Satu (1) sesi temubual diadakan bersama pengarah filem iaitu Hairul Azreen serta barisan pelakon seperti Zahiril Adzim Shiqin Kamal, Nafiez Zaidi, Elvina Chua, Sophia Albarakbah, Fify Azmi dan Henley Hii.


Ada Hantu 2 dipersembahkan oleh Act 2 Pictures bersama tiga syarikat penerbitan iaitu Clover Films Sdn Bhd, Hello Billionaires Sdn Bhd & Motobits Sdn Bhd.


Filem ini mengisahkan tentang lima (5) sekawan Aliff, Bariah, Talha, Jimmy dan Sasha yang kembali ke banglo lama milik arwah nenek Bariah untuk misi mencari hantu Jepun dan hantu Kimono yang muncul dalam mimpi Bariah.


Namun lima sekawan itu menghadapi beberapa insiden huru-hara di banglo itu terutama apabila mereka menemui satu lagi pintu misteri yang berada di dalam bilik pembantu rumah.

Apa yang berlaku seterusnya akan membuatkan anda terkedu dan tertanya-tanya apa sebenarnya misteri di banglo lama itu.

Turut berlangsung selepas sidang media adalah Malam Gala dan turut serta memeriahkan majlis adalah selebriti seperti Aziz M Osman, Zahiril Adzim, Hanis Zalikha, Taufiq Hanafi, Safwan Nazri, Ikhram Juhari dan ramai lagi.

Poster Rasmi Filem Ada Hantu 2

Ada Hantu 2 Filem Seram Arahan Hairul Azreen - Preview & Sidang Media Di GSC The Starling Mall

Trailer Rasmi Ada Hantu 2 (GSC Movies)

Ada Hantu 2, filem seram komedi penuh tawa dan gelagat lucu ini bakal memecah panggung di seluruh negara bermula 15 September 2022. Untuk maklumat lanjut, anda boleh lawati laman sosial di 

Post a Comment

1 Comments

  1. Wahhh.... Filem baru lagi.... September ni banyak betuk filem nak ditonton... Hehe...

    ReplyDelete